March 29, 2024

Suami Berperut Boroi Tanda Mereka Bahagia?

Suami Isteri Bro Framestone Open House Rumah Datin
Betul ke dakwaan yang mengatakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga?

Walaupun Bro baru setahun berumah tangga, tetapi keboroian perut ini menarik perhatian ramai pihak terutama perempuan (Adakah mereka tak sangka Bro terlalu bahagia sekarang ini)

Bro tak kisah pun berperut begini. Ada juga wanita amat menyukai lelaki yang berperut (boroi) sebab nampak lebih seksi dan mampu berkongsi kebahagiaan bersama mereka (Adakah golongan ini sesuai dijadikan isteri kedua, ketiga atau keempat?).

Perut Buncit Selepas Kahwin

Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Bro selepas berkahwin, berat badan naik 10 kg. Ramai yang terkejut bila berjumpa dengan Bro.

Bagaimanapun penambahan berat badan bukan salah satu punca perut membuncit.

Terdapat 2 jenis lelaki boroi,

Pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.Suami Isteri Peti Sejuk Mitsubishi

Perut Membuncit Tanda Berpenyakit.

Disebabkan ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan, ramai yang tak mengambil berat tentang perut mereka yang semakin membuncit (kalau perempuan, sure kena amik port. Mana tahu termengandung ke kan)

Tetapi kenyataannya, perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung.

Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.

**** iklan di Bro Framestone *****


Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Kadar Penceraian Berkaitan Suami Boroi

Disini Bro nak kongsikan fakta menarik kenapa ramai perempuan meminati lelaki boroi (mungkin salag satu punca kenapa mereka rela bermadu)

Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun (kenapa gua dalam tempoh setahun je nie) dan ke atas tempoh perkahwinan.

Statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian.

Mungkin ini ada kaitan dengan sifat panas baran dan darah tinggi kot. Bro dulu sebelum kahwin, memang kurus dan dah berbelas tahun ada darah tinggi. Dulu selalu mengamuk dan panas baran.

Tetapi sejak berkahwin, tekanan darah stabil dan Bro kurang marah-marah atau tumbuk dinding (baling hp pun pernah).

Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi macam Bro (test market kejab).

Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Suami Berperut Boroi Tanda Mereka Bahagia?

  1. Syukur Alhamdulillah.. Dapat perut Boroi… Aset tu… hehehe…

    Tetapi teringin juga nak mengurangkan keboroian… Lebih-lebih lagi selepas raya ni… ;)

Leave a Reply to daddydee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *