March 29, 2024

Pengalaman Tidur Dengan Mayat Housemate.

Pengalaman tidur dengan mayat housemate.

Bukan cerita dari pengalaman Bro, cuma dari pengalaman seseorang yang dikongsikan ditwitter.

Bro cuba kongsikan dengan korang apa yang masih Bro ingat dari apa yang Bro baca dalam kisahnya.

Kejadian baru terjadi minggu lepas (seminggu sebelum raya 2013)

Tuan rumah call mamat nie sebab dah beberapa hari tak nampak housemate baru dia yang pendiam dan dia tercium bau yang agak…. (korang teka sendiri la ek).

Tapi mamat nie malas nak balik sebab masih ada kerje yang dia tak siap lagi. So malam baru balik.

Nak dijadikan cerita,

Memang housemate dia dah mati dalam biliknya (macam mana la mamat ini boleh tak perasan housemate dia dah mati), mayatnya dah kembung/mengembang sebab dah lebih 5 hari mati. Air mayat pun dah keluar membasahi tilam dan mengalir ke lantai.

Polis yang datang pun tak boleh nak bawa mayatnya turun dari tingkat dua rumah tersebut. Terpaksa tahan lori sampah yang lalu mintak dorang yang tolong bawa mayat turun dan masuk kedalam kenderaan forensik. (apa punya cerita la nie – Bro baca dan kongsikan je)

Polis minta tolong mamat nie cari waris kepada jenazah ini. Selak dompet dan hp hanya jumpa no klient (kaki bisnes juga arwah ini) selamat dapat contact GF (girlfriend) dia. Itu pun GF dia tak tahu yang BF (boyfriend) dia dah lama mati sebab sebelum itu mereka bergaduh/merajuk (lain kali jangan nak merajuk lelama, sikit2 sudah)

Akhirnya dapat juga no contact anak kepada bekas isteri pertama dia.

Itupun bekas isteri pertamanya tak nak pergi uruskan jenazah sebab dah bertahun si arwah tak contact dia disertakan dengan beberapa alasan yang dia rasa munasabah. Bekas isteri kedua langsung tak dapat contact.

Ish ish ish…

Moral of story :-

  1. Kalau hidup menyewa dengan housemate yang lain. Cuba-cubalah bergaul jangan dok terperap dalam bilik je.
  2. Amik tahu sikit apa yang housemate lain buat. Mana tahu dia bawa perempuan/laki lain masuk bilik ke? mengamalkan ilmu hitam ke? atau pembunuh upahan?
  3. BF/GF jangan nak merajuk lelama sampai tak contact berhari-hari. Mengada namanya, ingat comel la tue. hakkk tuiiiiii
  4. Tuan rumah kena amik port juga tentang penyewa rumah. Jangan tahu nak mintak duit sewa tiap2 bulan je. Meh dapatkan buku tips berurusan dengan penyewa atau tuan rumah.
  5. Walaupun dah bercerai, kita masih ada tanggungjawab untuk bagi nafkah pada anak kandung kita walaupun mereka tak duduk dengan kita.
  6. Seeloknya biar bercerai cara baik (tapi susah nak cari yang bercerai cara baik)
  7. Simpan no tel ahli keluarga yang terdekat. Senang nak cari waris. Jangan pula simpan no skandal dan save atas nama Papa, Mama, Daddy etc. Kecuali mereka rapat dengan keluarga anda. Nanti en polis tanya dorang, satu haram jadah pun dorang tak tahu pasal korang (ate namanya skandal)
  8. Hp jangan lock (kata member Bro)
  9. Cepat-cepat blah dari rumah itu kalau dah tahu ada kematian he..23x

Bicara Bro : Masa bro baru duduk dekat rumah bujang dulu (tahun 2005 ~ 2012), rumah sebelah dah 4 tahun tiada orang nak sewa sebab ada kes orang bunuh diri.

Tahun 2008, awek yang duduk dekat rumah betul2 bawah rumah sebelah hari-hari histeria sebab kena kaco. Jenuh Bro dan member Bro uruskan awek tue. Dan nasihat terakhir dari Bro, dorang semua blah cari rumah lain he..23x

Tahun 2009 ada orang masuk menyewa. Seminggu je dah blah, then ada makcik nie jadikan rumah tue tempat bela kucing. Dengar cerita banyak gak kucingnya mati dalam rumah tue.

Tahun 2011 ada pekerja Indonesia duduk rumah tue, itu pun kejab je. Sebab dorang cakap hari-hari kena kaco.

Kemudian ada kedai runcit nie jadikan rumah tue asrama untuk pekerja awek duduk. Tapi bro xdengar apa-apa cerita sebab awek rumah sebelah sombong sangat sampai la Bro dah kahwin tak dok sana dah.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Pengalaman Tidur Dengan Mayat Housemate.

  1. Banyak juga kisah hidup arwah yang menjadi tanda tanya.. Antaranya dah berkahwin, dah bercerai, tapi tinggal menyewa dekat rumah bujang.. Ada girlfriend… Tapi pelik juga dekat rakan serumah ni yang boleh tak tahu rakan dia dah mati beberapa hari… Semoga peristiwa seumpama ini tidak berlaku lagi di tempat lain…

  2. Macam mana sudah berbau pun tidak perasan. Saya agak house mate lain berkemungkinan besar tidak menjaga kebersihan menganggap ia adalah biasa. Menjadikan rumah sewa mereka tidak lebih tempat balik tidur sahaja.

  3. nih kes badan baju suar tilam bau sama jenis…biasa la laki…ade umah bujang student laki tingkat bawah umah aku, tiap kali aku lalu aku tahan nafas jer…suar baju jemur tepi tangga punya la bau macam xbasuh…klu dorg bukak pintu umah smbil lepak, bau dlm umah kaw punya bertebaran keluar….giler punya busuk..bau jantan ler sgt…nih klu ada org mati sbulan pon xkan perasan sbb bau dorg sm kaw dh dgn bau lori sampah…sekian…kesimpulan, laki ples jaga kebersihan ok!

  4. teringat kisah seorang senior kami di Universiti Al-Azhar yang dah 3 hari meninggal baru kawan2 jumpa, itu pun lepas masing2 pelik kenapa tak nampak arwah.

    Al-fatihah untuk beliau…

  5. Banyaknya comment tak benar kat sini. Meh sini tuan punya badan cerita…:

    1 – Arwah SANGAT antisocial orangnya. Balik rumah, terus kurung diri dalam bilik. Bila kami serumah melepak di dining or living hall, dia sentiasa elak diri. So tell me, how are we suppose to learn something wrong had happen?..

    2 – Kami tak bau sebab pintu bilik kami rapat sampai ke lantai, and pengudaraan rumah sangat bagus. Rumah lama kan?..

    3 – “Berkemungkinan tak menjaga kebersihan”. Maaf, rumah kami bersih, walaupun takde laa ke tahap Four Seasons Hotel, for crying out loud…

    Cerita sebenar ada di https://twitter.com/hamdanalias83

    Terima kasih…

  6. Sesuatu yg dianggap mustahil pada masa dahulu…adalah sesuatu yang tidak mustahil pada masa kini…Ukhwah sesama Islam semakin kurang..semakin bocor…jom muhasabah diri…jadikan ini sebagai satu pengajaran…

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *