April 26, 2024

Iftar Portluck Blogger Coffee Talk Di Dataran Shah Alam

Iftar potluck Dataran Shah Alam
Akhirnya tertunai gak hasrat nak berbuka puasa bersama geng-geng Blogger Coffee Talk.

Selama ini memasing sibuk dengan undangan berbuka puasa memasing. Baru la nie ada kesempatan nak berbuka puasa sama.

Lokasi yang dipilihan adalah Dataran Shah Alam berdekatan dengan masjid.

Itupun berbalah dengan ahli jawatankuasa yang lain dalam pemilihan lokasi. Tak pasal-pasal sorang ahli jawatan kuasa merajuk sebab lokasi pilihanya – Dataran Putrajaya telah direject tanpa belas kasihan.

Selamat Bro bukan jawatankuasa.

Bro tukang memeriahkan je event dorang selama nie. Mungkin sebab kurang jejaka yang dah berkahwin kot. Itu pasal ramai gadis-gadis nak Bro hadir.
peminat abang ensem- pakar hartanah
Malangnya,

Kali ini, Abang Ensem menjadi tumpuan. Jangan kata gadis, jejaka pun tidak melepaskan peluang untuk meramah mesra dengan dia.

Tue pasal ada beberapa ketika misainya terangkat-angkat sewaktu berbicara. Power mamat pakar hartanah ini.



Abang Ensem
Untuk aktiviti Blogger Coffee Talk akan datang, kena pastikan Abang Ensem turun padang ek.

Jika ikutkan plan asalnya, nak amik pakej buffet.

Tapi bagi Bro macam tak sesuai je. Bukan sebab harga buffet, tetapi ramai blogger yang terlibat macam dah bosan makan buffet tiap kali berbuka.

Maka Bro cadangkan kelainan untuk kali ini. Kita buat potluck.

Selain jimat, kita boleh berkongsi juadah dan ada banyak masa untuk bersembang atau beramah mesra berbanding kena beratur panjang untuk ambil juadah berbuka jika memilih buffet.

Selain itu,

Dapat juga merasa air tangan yang bujang-bujang (Tak gitu Deq Noor dan Pak Lan). Harap tiada yang jatuh hati lepas makan masakan dari air tangan bro yang sudah berkahwin nie.

juadah potluck

Dan terima kasih juga pada rakan-rakan yang sudi menaja juadah berbuka kali ini.

Baru terasa macam kita semua ini macam satu keluarga.

Bro berbesar hati jika rakan-rakan blogger sudi memeriahkan group Blogger Coffee Talk di facebook. Insya’lah setiap bulan kami akan buat aktiviti bersama rakan blogger yang lain.

Dah kahwin? tiada masalah nak join pun. Nak bawa anak pun boleh.

Bujang dan tak de kawan? Join ke dulu, mana tahu lepas tue ada teman dan mula plan nak berkeluarga ke. Kami sudi meraikan majlis mempelai dari kalangan blogger :)

Adios…!!!!

blogger coffee talk iftar

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Iftar Portluck Blogger Coffee Talk Di Dataran Shah Alam

  1. Memang best dapat buat Portluck macam ni… Dekat tengah padang lagi tu…. Namapaknya Semakin naik saham Abang Ensem sekarang ni… hehehe…

Leave a Reply to Kisah Si Dairy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *