March 29, 2024

Cara Nak Selesaikan Bayaran Pinjaman PTPTN

selesaikan hutang ptptnSebut je pasal PTPTN (tak kisah dekat facebook atau facebook), ramai yang meroyan kata PTPTN ini kejam la, ah long la, ceti haram la.

Dengan isu terbaru berkenaan dengan peminjam PTPTN yang tidak menjelaskan pinjaman mereka akan disenarai hitamkan CCRIS.

Bagaimana pun, Mesyuarat kabinet telah memutuskan bahawa PTPTN tidak akan meneruskan cadangan senarai hitam CCRIS. Memang berita baik buat semua peminjam.

Tetapi anda perlu ingat,

Dah pinjam itu, reti-reti la bayar balik. Jangan buat-buat lupa pula kan. Jika PTPTN betul-betul kejam atau zalim, rasanya ramai peminjam PTPTN boleh dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan dokumen perjanjian yang korang sign dulu.

Itu pun kalau korang baca apa yang terkandung dalam dokumen perjanjian pinjaman PTPTN yang korang sign.

Bro sendiri tengok pun dah pening kepala. Disebabkan nak sangat gunakan duit untuk berlajar, Bro buat juga pinjaman. Malangnya Bro tidak dapat pinjaman penuh, sebab ada beberapa sem, pointer agak kurang memuaskan.

Start dari situ, Bro dah start buat kerja part time dizaman U untuk menampung kos sara diri di Kuala Lumpur. PTPTN yang Bro dapat setiap sem memang tak cukup untuk membayar yuran pengajian, inikan pula nak guna untuk makan, bayar sewa rumah or beli hp memahal.

Ebook – Bagaimana Mamat Ini Bayar Hutang RM1.8 Juta Dalam Tempoh 1 Tahun.

Tahun kedua pengajian, Bro dah start cari peluang buat business. Dari amik service repair komputer & laptop hingga menjadi dealer jual laptop di Universiti. Time nie memang masyuk sikit la, satu laptop yang Bro jual dapat gak la digunakan untuk hidup seminggu.

Belum lagi, kes bro jual CD (zaman nie DVD tak popular lagi) – Jangan tanya apa isi kandungannya ek. Karang ada pula yang nak saman Bro la apa la kan.

Bro aktif juga dengan business MLM secara Online. Itu pun masyuk gak. Malangnya Bro tak teruskan, sebab…… Tak perlulah Bro ceritakan.

Belum lagi buat business potong rambut orang dekat tangga apartment rumah sewa Bro (port baik punya – selamat tak kantoi dengan pihak pengurusan apartment).

Masuk tahun ke-4. Bro dapat offer untuk kerje dengan gomen. Time tue secara automatik Bro request dekat Dekan untuk ubah status Bro jadi part time student. Time tue Bro dah start bayar PTPTN walaupun tak habis study.

Sehinggalah Bro stop gomen dan koje dengan syarikat swasta dan diberhentikan (ini wa tak minat kerje dengan syarikat Melayu nie) atas sebab terlibat dalam penyebaran fitnah dalam organisasi. Gua rasa kalau dia usha CCTV, wa dari datang office sampai balik, memang tak sembang atau rapat dengan sesiapa.

Start sini la, Bro selalu sangkut nak bayar PTPTN.

Bro tahu, dulu Bro memang susah nak mohon PTPTN ini. Dengan status family yang tak stabil waktu tue, seba ayah Bro masih lagi berkerja di kilang yang nak tunggu masa ditutup. Siap ada pangkat lagi tue. Memang susah nak tipu dalam mengisi borang.

Malangnya bila Bro dapat PTPTN, kilang tutup dan ayah Bro terpaksa jadi penoreh getah untuk menyara kami sekeluarga. Dah la Bro anak sulung, memang terasa sesangat la bebannya.

Bayangkan kalau PTPTN tiada, rasanya Bro tidak dapat memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda yang Bro tak gunakan sekarang. (Kalau Bro ambil pengajian lanjutan dalam tempoh 6 bulan, rasanya gaji basic boleh cecah RM4k sebulan untuk permulaan).

Mungkin Bro tak boleh nak set harga bayaran sekiranya dipanggil untuk beri ceramah di IPT & Kementerian. Mungkin orang pandang Bro tidak berilmu dan mula pandang rendah pada Bro (walaupun kenyataannya Bro memang rendah orangnya)

Walaupun sesiapa pun kita, jawatan besar, gaji besar, ada nama dan kepala besar. Jangan sesekali kita lupa untuk membayar pinjaman PTPTN.

Kalau korang ada masa, mari baca macam mana member Bro yang sorang ini mampu selesaikan hutang pinjaman PTPTNnya dalam masa singkat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Cara Nak Selesaikan Bayaran Pinjaman PTPTN

  1. bro tenks for sharing pengalaman..really touched actually..tgok tem blaja bro pndai cari duit tambah..sy tak pon.hrap keje part time mase cuti sem ade la..takot jugak lepas abes blaja ni nk byr pt blk..brtaon2 pilak tu.bak kate membe sy..muda2 da buat hutang..apa nak buat kn..zmn skng sume pkai duet..takpe plan2 kte bayr..jnji tak sgkot..hehe

  2. Syukur Alhamdulillah… Sepanjang saya belajar saya tak pernah buat pinjaman PTPTN… Tapi guna biasiswa KPM… Jadi habis belajar tak perlu bayar apa-apa… Cuma kena terikat kerja dengan kerajaan selama 10 tahun… Kalau tak mungkin nama saya pun turut tersenarai dalam penghutang tegar PTPTN…

  3. Bayar je. sikit2 pun xpe janji setel

    ” Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)”

  4. woah. nice story bro. kita memang respek orang2 zaman dulu2 sebab dulu susah so semua pakat hidup cari duit sungguh2. tersedih pulak part yang ayah punya kilang tutup tu sebab ibu kita pun kena bhenti sbb kilang tutup. huhu. Yang sistem ccris tu tadi dekat berita dia cakap tangguh, bukan batal. yang mana satu ni hmm.

  5. Kagum dengan Bro kerja masa study di U, memang sukar tapi demi mencari $$$ sanggup ditempuh.. dan hasilnya sekarang Bro pasti boleh berbangga dengan penat lelah dahulu kan :)

  6. aku hutang rm15k.ak terima statement interest rm 30 lebih sebulan.mmpus cekik darah.klau bayar skrg pom byo bunge je la

  7. baru tau serba sikit tentang background bro..nice..tabik untuk bro..papepun, yang kat luar sana tu kalau malas nak bayar PTPTN memang alasan semata-mata.

Leave a Reply to syamsul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *