March 29, 2024

Sembang Hartanah Bersama Penulis Buku Hartanah Best Seller Malaysia

seminar-sembang-hartanah

Disini Bro nak jemput rakan-rakan dan pembaca blog ini untuk menyertai Seminar Sembang Hartanah yang bakal diadakan pada 20 Julai ini.

Seminar Sembang Hartanah ini bakal mempertemukan 3 orang penulis buku hartanah melayu yang akan berkongsi pentas untuk mengutarakan strategi pelaburan yang menjadi tunjang di dalam buku-buku mereka.

3 orang penulis buku hartanah tersebut adalah :-

  1. Tuan Shamsuddin Kadir (SK), penulis buku laku keras terawal di dalam bidang hartanah dengan tajuk ‘Buat Duit Dengan Rumah’ dan ‘Kaya Dengan Rumah’, merupakan penulis terawal yang aku kagumi kerana gaya bahasa mudah yang menjadi nadi di dalam setiap penulisan beliau. Beliau juga turut menulis sebuah lagi buku laku keras perancangan kewangan di bawah tajuk ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ sebelum diakhiri dengan penerbitan terkini beliau, Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta’ yang baru sahaja lahir beberapa bulan yang lalu.

  2. Tuan Saufi Karim, penulis ebuku best seller yang kemudiannya diangkat menjadi sebuah buku cetakan keras dengan tajuk yang sama iaitu Pelaburan Hartanah Tanpa Modal.  Walaupun dianggap masih baru di dalam pasaran hartanah tetapi kemampuan beliau mengeksploitasi setiap peluang yang hadir telah mula membuka mata ramai sehingga berjaya memasyhurkan diri di persada antarabangsa. Alhamdulillah, baru-baru ini beliau juga telah diangkat sebagai ‘Asia’s Real Estate Expert’ dan diberi peluang untuk berucap di satu simposium antarabangsa, Inspiration2020 yang turut membariskan ‘America’s Business Expert’, Mr Bill Walsh.
  3. Tuan Faizul Ridzuan, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Buku ‘WTF? 23 Properties by 30? telah mengangkat nama beliau sebaris dengan ikon pelaburan hartanah tanahair seperti Azizi Ali, Milan Doshi dan Renesial Leong. Dianggap pakar di kalangan khalayak pelabur hartanah, beliau sering menjadi buruan lensa kamera tv dan majalah. Dek penangan status laku keras yang diperolehi oleh buku Bahasa Inggeris beliau, ianya kemudian telah diterjemah ke Bahasa Kebangsaan dan difahamkan yang jualannya juga berkemungkinan mampu menyamai status laku keras buku Bahasa Inggeris beliau sebelumnya.

Juga bakal ditampilkan penceramah ke-4 yang dirahsiakan identitinya. Siapakah beliau?

Bagaimanapun seminar ini hanya dibuka dan diberi keutamakan kepada 100 orang sahaja bertempat di PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam (Belakang Gedung Kain Jakel).

Yuran pendafataran adalah sebanyak RM99. Anda boleh mendaftar secara online di Akedemi Denaihati – Seminar Hartanah.

Daftar Sekarang…!!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Sembang Hartanah Bersama Penulis Buku Hartanah Best Seller Malaysia

Leave a Reply to reezluv Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *