April 25, 2024

Ramadhan Pertama Sebagai Seorang Suami

Suami Isteri Peti Sejuk Mitsubishi
Ramadhan pertama bagi diriku sebagai seorang suami kepada isteri ku – Nazirah.

Rasanya tiada masalah bagi kami berdua untuk menjalani ibadah bersama-sama. Cuma kena pastikan si ibu ini mendapat khasiat yang secukupnya untuk disalurkan kepada baby dalam kandungannya.

Sorry terpaksa pakai gambar berlatar belakangkan peti ais yang penuh dengan isinya yang mengoda.

Bro tak banyak gambar berdua bersama wife, dan kebanyakan gambar yang adan menampakan perut Bro yang terlalu tough – sepack (sebut macam six pack).

Ramadhan pertama Bro terpaksa bangun pukul 4.30 pagi masak nasi dan panaskan lauk yang ada. Isteri pula bersiap nak pergi kerja. Sempat juga Bro iron baju kerjanya.

Lepas bersahur, dalam pukul 5.30 pagi dia dah keluar mencari rezeki.

Rasanya untuk berbuka tiada masalah, Sebab bazar Ramadhan berada tidak jauh dari rumah. Jalan kaki dah sampai. Cuma antara malas nak beli lauk bazar atau masak sendiri je. (Bro lebih suka wife masakan).

Tengah plan nak balik Johor puasa ini, sebab nampak gayanya macam wife tak dapat bercuti waktu raya nanti. Dan mungkin beraya di Rawang (rumah sendiri) atau balik Perak (raya tanpa isteri).

Selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam.

Bicara Bro : Ada kenalan Bro dan beliau bukan beragama islam. Tetapi ahli keluarganya boleh dikatakan setiap tahun berpuasa di bulan Ramadhan.

Mereka bukan sahaja menghormati orang lain yang berpuasa bahkan nak ambil kelebihan dan kebaikan berpuasa tersebut. Kenapa kita tidak?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Ramadhan Pertama Sebagai Seorang Suami

  1. Assalamualaikum hahaha sepack! tapi itu tanda suami bahagia tau. ahahahhaa. aah, kebanyakkan pasangan dah kawin memang suka isteri masak. hihi. yeker? bagusnya orang bukan Islam pun reti hormat bulan puasa kan. subhanallah..

    1. W’salam perut bro dah makan berlawan-lawan dengan wife he…23x Memang susah nak jumpa orang bukan islan yang menghormati bulan puasa nie…

  2. Tahniah Bro… Semoga dapat menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa (sebagai seorang suami orang)…

  3. OMG PEPSI!!!!!!!!!!!!!

    FAV OK!!!..

    In Syaa Allah isi si Ibu semoga sihat walafiat…

    huhuhu… SEPACK sangat Bro… yang tu pun kene jaga juga isinya…

  4. assalamualaikum bro…baru terasa seronoknya dapat berbuka n bersahur bersama2….selamat berpuasa yer..:)

Leave a Reply to maszull Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *