April 25, 2024

Iklas Dan Jujur Dalam Mencari Rezeki

Bakal Ibu BapaKenkadang Bro respek juga pada si Ben Ashaari (walaupun ada gak blogger yang tak suka dengan dia – itu hak memasing)

Dia stop gomen dan fokus pada anak dan blog.

Dia tau blog dia adalah sumber pendapatannya dan bro suka berkerjasama dengan dia.

Respon pantas, hasil kerjanya amat memuaskan dan setiap job yang bro berikan disiapkan dengan cepat dan klient amat berpuas hati.

Cuma baru-baru ini dapat komplen dari klient Bro tentang mutu seseorang yang Bro propose kepada mereka.

Rasanya tak perlu untuk Bro mention siapa dia. Lagipun ini sekadar renungan bersama. Bro pun bukannya sempurna.

Dalam kes ini, dia tidak melakukan kerja (assignment / advertorial) seperti mana yang klient inginkan (sedangkan klient sudah briefing secara direct dengannya sebelum ini).

Jika dia ada masalah, tak salah refer pada Bro atau klient itu sendiri (Jangan takut untuk bertanya – kalau malu, nanti sesat jalan).

Perkara yang ditekankan dan diperkatakan oleh klient adalah,

“Kami tak nampak dia betul-betul ikhlas dan jujur untuk selesaikan projek ini dan kami rasa kecewa dengan apa yang dia telah lakukan”

Betul kata Ben Ashaari,

Buat apa-apa kerje biar ikhlas dan memuaskan dua-dua pihak. Kita tahu ianya pintu rezeki kita walaupun ianya hanya kerja sampingan.

Jangan terlalu kejarkan duit (kerana duit adik beradik boleh berpecah belah) atau projek banyak-banyak tetapi tidak boleh deliver (ada yang tertangguh sampai berminggu-minggu – sehari dua boleh juga diterima).

Jangan ingat jadi artis / retis hidup dah senang. Bro sendiri dengar luahan dari beberapa rakan artis yang rapat dengan Bro. Mereka juga susah nak cari rezeki dalam bidang mereka sendiri. Jika ada perluang, mereka akan gunakan sebaik mungkin.

Bagaimana pula dengan kita yang biasa-biasa ini?

Bagaimanalah kita nak dapatkan rezeki yang berkat kalau jadi macam ini. Lagi-lagi nak berikan kepada anak dan isteri kita makan (Moga rezeki yang halal buat keluarga ku – Amin).

Fikir-fikirkan..

P/S – Tiada kaitan dengan kes ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Iklas Dan Jujur Dalam Mencari Rezeki

  1. Bro kata dekat saya ker tu?.. Maafkan saya kalau saya bersalah… Insya Allah kalau ada masa lapang nanti saya terima tawaran Bro…

    P/S: Bro, saya dah adjust jadual hari Jumaat.. Jadi lepas ni kalau ada Job Hari Jumaat, kemungkinan besar saya boleh Join…

  2. AMin.. semoga rezeki dari berblog ini diberkati. Makin ramai dah blogger yang berjaya buat duit dengan blog – mungkin hasrat denaihati nak lihat blogger ini satu kerjaya yang dipandang tinggi akan terlaksana.

  3. tak pernah merasa perkara macam ni.. tapi jika diberi peluang, akan sentiasa berlaku jujur.. fikirkan halal haram rezeki tu kalau kita tak jujur tak amanah.. wallahualam

  4. Allah berikan rezeki di atas tanggungjawab yang kita kerjakan…Semakin banyak tanggungjawab yang kita laksanakan semakin mencurah2 rezeki yang datang kepada kita…

  5. rezqi Allah yang beri… walau melambak job dapat tp tanpa nawaitu yg jujur pasti job melambak tu akan lari. Setuju dgn bro. Moga rezqi yg halal buat kita dlm membentuk keluarga yang soleh/solehah

  6. Buat kerja mana-mana pun — keje swasta, keje kerajaan, keje blogging — kalau tak ikhlas dan tak jujur,sampai bile-bile pun rezeki tak berkat. bile rezeki tak berkat, semue ras tak cukup.

Leave a Reply to Melastik Bintang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *