March 29, 2024

Iftar Bersama Blogger Di Restoran Tupai Tupai Shah Alam

Iftar Bersama Blogger Di Restoran Tupai Tupai Shah Alam
Bertempat di Restoran Tupai Tupai yang terletak di seksyen 13, Shah Alam, dapat juga Bro dan rakan-rakan blogger yang lain beriftar bersama.

Walaupun kehadiran Bro confirmkan agak lewat, penganjur tetap menerima kehadiran Bro dengan tangan terbuka. Terima kasih Bro ucapkan.

Agak janggal sedikit Bro rasa bila yang hadir kebanyakan pangkat adik-adik (nampak sangat aku dah tua) dan ada yang Bro tidak kenali terutama yang gadis-gadis (Untunglah Abang Ensem dapat datang cuci mata).

Iftar Bersama Blogger Anak Dara Di Restoran Tupai Tupai Shah Alam
Waktu nak makan pun ada juga Blogger yang nak bergambar bersama. Eh ada ke yang single dekat sini? Eh isteri dekat sebelah dah jeling-jeling dh tue…

Tapi apa masalah brader dekat belakang tue ek?

Tak jeles kot?

Peminat Cilik

Belum termasuk peminat cilik Bro yang sorang ini.

Gigih dia follow Bro ke hulu kehilir semata-mata nak ambil gambar Bro dengan hp dia. Siap ada zoom betul-betul depan muka Bro lagi.

Bahaya, bawah umur lagi nie. Baru 9 tahun, tetapi akak dia macam sporting je :)

Eh akak la, adik tumpang lalu boleh?

Maaf tak banyak gambar yang Bro ada dan dapat Bro kongsikan di sini. Tetapi korang boleh usha kemeriahan majlis iftar ini melalui video dibawah.

Jika anda ingin berbuka disini, pastikan anda buat tempahan awal. Takut penuh..!! untuk buffet Ramadhan termasuk Steamboat dalam harga RM39 (dewasa) dan RM2+ (bagi kanak-kanak – Bro kurang pasti harga bagi kanak-kanak).

Tempat solat disediakan.

Alamat: 2 Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13 Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Tel: +603 5126 2525
GPS Coordinates: N3 05.273 E101 32.866

Wife bro mintak maaf sekiranya dia kurang mesra dengan rakan-rakan yang lain. Dia kurang sihat sikit.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

44 thoughts on “Iftar Bersama Blogger Di Restoran Tupai Tupai Shah Alam

    1. Yup, harganya boleh tahan, tetapi berbaloi dengan lokasinya… Parking senang cari, dan lebih selesa.. Xde nak berebut-rebut or berjalan laga2 bahu :)

    1. Eh sorry la xajak.. bukan xnak ajak.. takut tayar pancit.. jenuh abe john nk dtg shah alam nanti he…23x

      gambar hp? biarlah ianya jadi simpanan bro la la la

Leave a Reply to Shakira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *