March 28, 2024

Barrack Obama Rasmikan Smashies Burger

Barrack Obama Malaysia
Seperti yang Bro nyatakan sebelum ini bahawa Presiden USA – Barrack Obama datang Malaysia atas urusan rasmi iaitu merasmikan satu-satunya cawangan Smashies Burger di Malaysia.

Wah…!!! Sanggup beliau datang ke Malaysia.

Untuk pengetahuan korang, Smashies Burger kini dibuka di Metro Genting, Setapak.

Smashies Burger mendapat nama dari kaedah pembuatan burger ini. Ia bermula dengan memecahkan satu bola daging lembu kisar tulen, digril dan kemudian dibakar bagi menghasilkan jus semulajadi untuk menghasilkan rasa yang benar-benar berbeza.

Smashies Burger
Alamat: Lot 126-G-5, Metro Genting,
Jalan Genting Klang, Setapak,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu perniagaan: 6pm-11:30pm setiap hari
Facebook: https://www.facebook.com/SmashiesBurger


Peta lokasi.

Harap korang tak sesat kalau nak ke sana. Tetapi kalau korang tersesat ke sana, jangan sesekali terlupa untuk singgah perkena burger disini.

Disini Bro kongsikan beberapa menu burger yang mereka sediakan.

20130710-163317.jpg
Kebanyakan nama burger ini diilhamkan dari nama beberapa movie. Bolehkah anda kenal pasti movie yang mana satu diwakili oleh burger diatas?

Terdapat 2 jenis patty iaitu daging lembu dan ayam. Dan pattynya amat menyelerakan bagi Bro. Setiap gigitan terasa jusnya mengalir didalam mulut Bro.

20130710-164255.jpg
Heppp….!!! Jangan skodeng Bro tengah makan nie.

Bro order Chicken Run yang didatangkan dengan roti burger berwarna kuning (ops, lupa nak bagitau yang roti burger ini terdapat dalam beberapa warna – oren, merah, hitam dan hijau) terdapat juga nenas didalamnya.

Memang menjadi burger pilihan Bro (sebab ada nenas).

20130710-165138.jpg
Gambar blogger Kelly Chin sedang merakam aksi penyediaan smashies burger.

Boleh nampak burger yang menggunakan roti berwarna hitam dan merah. Jangan risau, rasa rotinya tetap sama. Tiada rasa macam arang ataupun rasa cili.

Burger yang menggunakan roti hitam adalah burger “I Am Single”

20130710-165826.jpg
Kenapa ianya dinamakan burger “I Am Single”? Tang tue kena tanya sama Blogger DeqNoor sebab dia yang order dan merasai burger ini.

Maybe next time kalau Bro datang sini sensorang, Bro akan cuba burger yang ini (dan 2 burger yang lain – rasanya macam boleh muat 2-3 burger dalam perut Bro nie).

Barrack Obama Makan Burger

Ini pula aksi Barrack Obama makan burger bersama-sama dengan Smashies Founder & CEO, Mr Will Soh sebagai tanda simbolik majlis perasmian ini.

Untuk maklumat atau promosi terkini, Bro jemput korang untuk like facebook page Smashies Burger.

Disini Bro ingin kongsikan video sewaktu Barrack Obama mengangkat sumpah sambil memegang burger yang bakal dia makan.

Jul 10, 2013 | Angkat Sumpah Barrack Obama Depan Smashies Burger by Broframestone on Keek.com

Barrack Obama berbual dengan Blogger Deq Noor. Entah apa yang mereka bualkan. Bro pasang telingga, mereka macam berbual dalam bahasa Indonesia (Ops kantoi disitu).
Barrack Obama Deq Noor

“Owh… saya bicara macet di jakarta.. mahu belanja di mangga dua… nyaman ya” itu yang diperkatakan oleh Deq Noor kepada Bro.

Untunglah Barrack Obama aka Ilham datang komen dekat blog korang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Barrack Obama Rasmikan Smashies Burger

  1. Hi Bro,…..thanks for our togetherness,..I am verry proud to be with all of you,…I ve been at jakarta again right now. Hope someday we can meet again in other event :)

    regards
    Ilham Obama Anas

Leave a Reply to Wan Gerrard Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *