April 19, 2024

3 Perkara Yang Anda Bawa Selepas Mati

3 Perkara Yang Dibawa Selepas Mati

Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah sejak azali lagi buat hamba-hambanya sedar bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara.

Maka jangan sesekali anda mengejar duniawi sehinggakan anda mengabaikan yang hakiki.

Menurut Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah  bersabda: “Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.”

  1. Sedekah Jariah – Sedekah yang berterusan dan berkekalan manfaatnya untuk masyarakat umum. Contohnya, mewakafkan tanahnya untuk didirikan masjid untuk kegunaan masyarakat islam setempat. Selagi masjid ini digunakan, selagi itu si mati akan mendapat keberkatan selepas kematiannya.
  2. Ilmu yang Bermafaat – Ilmu yang diajar kepada orang lain kerana Allah swt akan terus mengalirkan pahala baginya walaupun ia telah meninggal.
  3. Doa Anak yang Soleh/Solehah – Setiap amalan soleh yang dilakukan si anak tetap dikira sebagai pahala buat ibu bapanya yang mendidiknya. Maka didiklah anak dengan ilmu dan ajaran Islam supaya mereka mengamalkannya walaupun anda sudah meninggal dunia.

Al-fatihah buat arwah pakcik Omar dimana tarikh semalam genap 23 tahun dia pergi meninggalkan isteri dan anak-anaknya.

Maafkan saya kerana tidak dapat menunaikan janji yang pernah saya buat sebelum ini. Saya masih hambanya yang lemah dan masih melakukan kesilapan.

Bicara Bro : Apakah yang akan anda bawa selepas mati? harta, pangkat atau darjat? jika 3 perkara diatas, elok mulai sekarang.

Siapa tahu esok lusa kita pergi menghadap Illahi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

27 thoughts on “3 Perkara Yang Anda Bawa Selepas Mati

    1. 5 perkara tersebut:

      1. Sihat sebelum sakit
      2. Muda sebelum tua
      3. Kaya sebelum miskin
      4. Lapang sebelum sempit
      5. Hidup sebelum mati.

  1. salam.. betul tu bro.. apa yg penting, kita cubalah sangka baik dengan Allah. Walaupun, Allah tak beri kita harta, ilmu dan anak.. ingatlah Allah itu maha pemurah..

  2. Doa anak yang soleh tu ganjaran yang besar bagi ibubapa. Bukan saja mendidik anak supaya berdoa, tapi mendidik juga anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan mendoakan. Dua kenyataan berbeza.

Leave a Reply to farhan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *