March 29, 2024

Teater Juta Juta 3D Dipentaskan Di Dewan Bahasa Pustaka

Setelah mendapat sambutan hangat melelaui dua pementasan sebelum ini, Teater juta-Juta kini kembali sekali lagi buat mereka yang merindui dan juga mereka yang belum pernah menontonnya.

Teater ini diarahkan dan ditulis oleh Fasyali Fadzly dan dilakonkan oleh Anas Ridzuan, Fazleena Hishamuddin dan Aloy Paradoks. Dibarisi tenaga kreatif dan pelakon yang sama, teater ini memberikan sedikit kelainan daripada pementasan yang terdahulu.

Untuk kali ini, Teater Juta-Juta kini dipentaskan dalam 3D dan ini merupakan satu pendekatan baru untuk mendekatkan para penonton dengan mesej teater bergenre satira ini.

MASK Team dan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) telah berkolaborasi sekali lagi untuk mementaskan teater ini di Stor Teater DBP bermula 5 Jun hingga 9 Jun 2013 jam 8.30 malam yang menampilkan aksi yang lebih Dungu, lebih Debar dan lebih Dekah .

Teater yang mengisahkan tiga graduan seni Persembahan yang sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. apakah yang terjadi kepada tiga sekawan ini? berjayakan mereka membuat persembahan di Keraton? Berapakah nilai tajaan yang diberikan oleh para penaja? Muzikal apakah yang mereka pentaskan di Keraton? bersama-sama kita saksikan kesudahannya.

Apa yang menariknya untuk pementasan ini, ianya membabitkan 3 orang pelakon sahaja yang bakal mendukung 12 watak kesemuanya.

Teater bergenre satira berdurasi 1 jam 15 minit ini membariskan para pelakon teater yang berpengalaman seperti Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Ridzuan.

Pas pas masuk berharga RM30 boleh didapati pada hari persembahan dan untuk tempahan individu mahupun berkumpulan boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612 dan juga Ameera di talian 013-2102470

Maklumat lanjut boleh layari facebook.com carian Teater Juta Juta 3D dan Twitter #TeaterJutaJuta3D

Bro pernah tonton Teater Juta Juta dan Teater Juta Juta Putrajaya sebelum ini. Memang best dan penuh dengan kejutan yang mampu buat penonton sendiri berada dalam situasi yang mereka teaterkan.

Kenangan paling menarik, bila nama Bro dipetik dalam teater itu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Teater Juta Juta 3D Dipentaskan Di Dewan Bahasa Pustaka

Leave a Reply to Sheila Salim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *