April 26, 2024

Rakan Blogger Beautifulnara Dirompak

Blogger Beautifulnara Wife Broframestone

Bro baru dapat cerita tentang rakan blogger Bro – Beautifulnara  telah dirompak pukul 2.15 petang semalam.

Kereta beliau BMW 3 Series putih WWM 7040 telah dilarikan. Jika anda nampak, sila telefon/SMS beliau di 0172678341.

Beliau dirompak ketika beliau sedang melihat rumah di Aman Putri, Sungai Buloh bersama isteri dan anaknya. waktu kejadian mangsa sedang melihat rumah untuk renovation bersama seorang bangla.

Kawasan masih baru dan tiada orang menetap disana. Jadi mereka pergi untuk melihat apa yang perlu direnovate sebelum berpindah ke rumah baru.

Selepas kira-kira 30 minit melihat bahagian belakang rumah, mangsa ke bahagian depan untuk berbincang mengenai tiles.

Tiba-tiba terdengar bunyi kereta yang amat pantas. Mereka menoleh ke pintu pagar. Kelihatan sebuah kereta Naza Citra memasuki perkarangan.

Hati mereka waktu itu sudah berdebar. Tiba-tiba pintu kereta tersebut dibuka dan keluar 2 lelaki bertopeng sambil memegang parang.

Sambil mengacu parang ke arah muka mangsa, seorang perompak berkata, “Duduk diam dan ikut arahan. Kamu pun ada anak kecil kan”.

Duit dan kereta mereka diambil oleh perompak.

Kejadian ini berlaku dalam tempoh 2 minit. Tak lama kemudian, si perompak (ada 3 orang) memandu kereta beliau dan si kontraktor keluar dari kawasan tersebut.

Seorang perompak lagi masih berada di dalam kereta Kia Citranya, plat no PHT 425 dan ketiga-tiga ini terus keluar dengan sekelip mata.

Apa-apa pun beliau bersyukur bila dia dan keluarganya tidak diapa-apakan.

Beliau berterima kasih kepada semua yang sudi mendoakan beliau dan keluarganya. Semoga apa yang terjadi kepadanya menjadi pengajaran buat semua.

Sumber : twitter beliau (beautifulnara)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Rakan Blogger Beautifulnara Dirompak

  1. Allahuakbar…

    keadaan menjadi-jadi duit BR1M xcukup ke kerajaan dah berikan sampai terpaksa merompak… kerajaan perlu amik langkah proaktif untuk pantau kawasan yang agak terpencil dan baharu…

    Syukur Alhamdulillah BN selamat sekeluarga… Ada hikmah semua ini kan Bro… Kikie yang drive kereta pun risau dengan persekitaran sekarang.

  2. Ohye iya xiya *garu kepala*

    Maaf terlepas pandang kemungkinan kegiatan bukan rakyat tempatan…

    telinga dah lali dengan khabar dada media asal jenayah rompak kadang-kadang kegiatan rakyat tempatan…

  3. Kawasan rumah baru kena lebih berhati-hati. Lebih-lebih lagi kalau naik kereta yang mahal. Tapi saya rasa dorang ni dah target lama kat abang nara ni.

Leave a Reply to ProfHariz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *