April 25, 2024

Kalau Dah Jodoh – Ustaz Kazim Elias

ustaz kazim elias
Sepanjang tempoh perkahwinan Bro dan isteri,

Kami berdua banyak habiskan masa menonton rancangan Kalau Dah Jodoh oleh Ustaz Kazim Elias di Astro Oasis.

Banyak perkara yang kami berdua pelajari dalam masa yang sama menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami tentang bab berumah tangga.

Ceramah agama beliau diselang seli dengan senario yang mampu buat bro dan isteri tersenyum sinis sambil pandang satu sama lain. Belum lagi lawak jenaka yang mampu buat kami berdua berfikir sejenak.

Rasanya ceramah beliau amat berguna bagi pasangan yang baru berkahwin begitu juga dengan pasangan yang telah berusia. Cinta pada pasangan jangan dipadamkan walaupun anda sudah tua.

Harapnya Bro mampu menyintai isteri sehingga kami tua. Apa-apa pun ajal maut ditangan tuhan. Selagi Bro masih bernafas dan bernyawa, Bro akan cuba membahagiakan dia. – Amin –

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Kalau Dah Jodoh – Ustaz Kazim Elias

  1. Pokok pangkal yang utama dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga tak lain ialah saling faham memahami disamping sikap bertolak ansur dan yang paling utama hebahkanlah kebaikan dan sembunyikan keburukan dikalangan suami atau isteri anda kerana salah satu darinya tersembunyi hikmah yang kita tidak ketahui……mak..ai…panjangnya komen…hehe.

Leave a Reply to Alin Marlini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *