April 25, 2024

Darurat : Jerebu Melanda Malaysia 2013

topeng jerebuTak sangka jerebu teruk melanda Malaysia.

Rasanya last Malaysia dilanda jerebu teruk pada tahun 2005. Waktu itu Bro masih belajar dan mampu buat duit dengan menjual topeng.

Memang jual topeng waktu jerebu dapat menjana keuntungan lebih 100% dari keuntungan asal. Tetapi biarlah topeng yang berkualiti. Bukan topeng yg nipis dan mudah rosak.

Jerebu berkaitan dengan atmosfera yang terdiri daripada zarah, debu dan asap menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Asap daripada kenderaan, kilang dan asap kebakaran adalah penyumbang utama kepada jerebu.

Dan kita tahu punca terjadinya jerebu pada kali ini kan (Malas nak mention atau menunding jari kepada negara jiran)

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Beberapa kawasan di Johor (Patutlah mak mertua cuti dan boleh datang KL melawat menantu dia), Melaka dan Selangor mencatat bacaan IPU sehingga mencecah 400. Yang peliknya ada beberapa tempat cecah 300 tetapi nampak aktiviti manusia disana masih aktif.

Mungkin mereka tak kisah tentang jerebu atau kesihatan mereka. Yang penting duit, duit dan duit kot.

Tak pasti mereka tahu atau tidak bahawa komponen – komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.

Antara golongan yang berisiko tinggi menerima kesan buruk ketika jerebu ialah :

  • kanak-kanak
  • orang tua
  • perokok
  • mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
  • mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan

Bicara Bro : Bayangkan asap jerebu yang tebal ini dalam paru-paru anda?

Rasanya tiada bezanya jika anda merokok diluar (kawasan berjerebu) berbanding merokok di tempat yang tertutup.

Best dapat isteri comel yang sekepala ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Darurat : Jerebu Melanda Malaysia 2013

  1. saya hanya dapat berfikir sebentar selepas dengar cerita rakan sekerja di mana tempatnya selalu kena sandblasting…sekarang di Malaysia mengalami jerebu jenis habuk halus…cuba letakkan diri kita bila berada di tempat yg selalu ada sandblasting, yang selalu hadapi banjir dan selalu ada taufan. Adakah kita akan sentiasa ketakutan? atau sentiasa berada di rumah, atau sentiasa jadi tunding jari atau sentiasa menyalahkan farmasi yang tak cukup mask hehe..negara yang maju yang lain lagi teruk bencana yang di alami tapi tetap maju kedepan khenn…btw, saya pinjam mask ironman anak saya hehhe

Leave a Reply to fyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *