March 29, 2024

Blogger Event : LG Fiesta

LG Fiesta

Baru-baru ini Bro dan blogger telah dijemput untuk menghadiri event LG Fiesta yang berlangsung di The Curve, Damansara.

Tujuan event ini diadakan untuk memperkenalkan beberapa produk terkini dari LG dan salah satu produk yang menjadi tarikan adalah LG Ultra 3D HD TV 84″ yang pertama terbesar di dunia.

Terdapat beberapa acara diadakan khas untuk blogger yang hadir :-

  1. Penerangan mengenai produk yang mereka tawarkan.
  2. Mencuba sendiri produk yang mereka pamerkan.
  3. Kuiz mengenai produk LG
  4. Teka judul filem 10 saat yang ditayangkan pada LG Utra 3D HD TV 84″
  5. Pertandingan tarian Gangnam Style (Group sapa la yang menang nie kan)

LG Feista Gangnam Style

Nampak tak bertapa kayunya tarian Bro diatas. (Sempat cover perut lagi).

Pada majlis ini terdapat hampir 40 blogger yang terlibat dan dibahagikan kepada 10 kumpulan. Maka setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli yang akan bergabung menyelesaikan kuiz dan mempersembahkan tarian Gangnam Style.

Anda boleh menonton rakaman tarian di keek/yanayassin.

Event ini bertujuan untuk mendemonstrasikan produk terbaru LG yang utama iaitu produk LG Cinema 3D Smart TV mereka dan set home theater yang baru.

LG CINEMA 3D Smart TV

LG CINEMA 3D Smart TV

TV 3D pintar (smart) dari LG yang mempunyai beberapa keistimewaan iaitu Smart Control, Smart Sharing, Smart Entertainment dan Comfortable 3D.

Anda boleh menggunakan magic remote dimana terdapat alat kawalan jauh yang mampu mengawal speaker, BDP, tv satelit (Astro) anda dengan hanya menggunakan 1 remote. Ianya dapat mengurangkan penggunakan remote.

Pada Bro ianya memudahkan kerje Bro, tak perlu guna 2-3 remote untuk buka tv, layan astro, speaker dan juga dvd player.

Terdapat juga fungsi pointer dimana anda hanya tujukan pada tv anda dan klik mana-mana menu yang ingin anda tonton. Anda boleh scroll ke atas dan kebawah termasuk zoom-in dan zoom-out sama seperti anda menggunakan mouse komputer.

Ianya amat sesuai untuk TV pintar (smart) ini kerana paparannya sama seperti anda menggunakan komputer pada tv anda. Anda juga boleh melayari internet dan menghubungkan TV anda dengan gadget yang anda miliki dengan hanya menggunakan WiFi.

Dan anda boleh berikan arahan suara kepada tv anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman LG CINEMA 3D Smart TV.

CINEMA SOUND HOME THEATER
9.1CH CINEMA SOUND HOME THEATER

Ianya merupakan sistem bunyi (sound system) terkini dan hadir dengan 9 speaker yang berlainan arah beserta dengan 1 sound woofer.

Satu kombinasi yang sesuai jika digandingkan bersama dengan LG CINEMA 3D Smart TV. Seperti anda menonton wayang 3D dalam bentuk HD di rumah dengan bunyi speaker seakan-akan anda berada dalam panggung wayang.

Ianya menggunakan Aramid Fiber, iaitu bahan yang sangat tahan kepada rangsangan luar, digunakan pada setiap unit untuk mengurangkan gangguan bunyi dan menyampaikan bunyi yang jelas dan tepat.

Info lanjut anda boleh dapati di laman 9.1CH CINEMA SOUND HOME THEATER.

Memang satu event yang cukup meriah pada Bro dan rakan-rakan blogger yang lain. Hope akan datang, dapat sertai event seperti ini dengan rakan blogger yang lain.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

30 thoughts on “Blogger Event : LG Fiesta

  1. amboi…canggih tol tv LG tu ye bro…tapi…acara yang paling best skali krole tngok..tu…. yang tarian bro framestone syle tu hihhi~

Leave a Reply to Lan Careno Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *