March 29, 2024

Pejabat Pos – Komputer Di Luar Talian

20130531-231714.jpg

Hari ini, Bro buat rekod lawatan sambil berlajar ke beberapa buat pejabat pos.

Semuanya gara-gara nak renew lesen memandu.

Dalam keadaan terdesak ini (sebab baru tahu lesen dah mati lama) Bro terpaksa drive tanpa lesen.

Kalau kena saman, jenuh nak cari duit bayar saman. Nak makan sekarang pun kena kais pagi, tunggu 2-3 bulan baru dapat makan (blogger sure tahu kenapa).

Bro mulakan dengan pejabat pos Bandar Tasik Puteri, Rawang (Tapi dah dekat sangat dengan Ijok)

Malangnya sebarang urusan nak renew lesen tidak dapat dibuat. Sistem offline kata akak dekat kaunter setelah lama bro menunggu giliran.

Bro teruskan perjalanan ke Pejabat Pos Kelana Jaya (itupun sebab ada urusan berdekatan sana).

Malangnya signboard diatas pula kelihatan, maka Bro amik keputusan untuk pergi solat Jumaat dan datang kembali selepas itu (mana tahu dah kembali pulih).

Tapi situasi masih sama juga.

Agak stress, Bro try check foursquare untuk cari pejabat pos berdekatan.

Yang terdekat dapat bro detect adalah di One Utama (fuhhhh jauh gak tue + jem).

Roger dekat facebook pasal masalah ini. Ada pula budak cadangkan Bro ke JPJ, senang sikit nak renew lesen.

Yang Bro tahu (berdasarkan foursquare) yang dekat pun Bandar Tasik Permaisuri (Cheras) dan Padang Jawa (Shah Alam).

Jauh gak tue.

Ada gak yang cadangkan bro renew dekat myeg. Malangnya Bro nak cepat lesen itu, sebab sabtu dan ahad nak guna lesen pergi cari rezeki.

Kalau duduk rumah je, memang tak makan la isteri Bro.

Lagipun internet dah terlebih qouta. Nak tunggu UniFi masuk, memang lambat lagi. Nak pasang stremyx, kena tunggu ada orang terminate sebab port kosong xde.

Maka Bro menghala ke Pejabat Pos, One Utama untuk renew lesen.

Plan nak parking kereta dekat ruang letak kereta luar. Full la pulak, penat je masuk dan follow kereta depan. Last-last terus keluar dari tempat parking.

Parking tingkat atas memang dah penuh. So parking di tingkat bawah. Nampak penuh juga.

Selamat ada Pak Guard (rasanya orang Bangladesh – eh tak balik ke lepas mengundi he..23x) tunjukan ada patking kosong. Tak de la Bro perlu tawaf satu One Utama.

Sampai je pejabat pos, masa nak amik no giliran. Ternampak notis yang menyatakan sistem mereka tengah offline.

Eh, dah 3 pejabat pos hadapi masalah yang sama. Sistem kena hack ke apa?

Last-last Bro pergi ke JPJ Bandar Tasik Permaisuri.

Malangnya…. Dah la malas Bro nk cerita. Next week la renew lesen. hope tak kena saman.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Pejabat Pos – Komputer Di Luar Talian

  1. Memang nasib tak baik kalau perkara masalah teknikal ini berlaku. Steven Covey pernah berkongsi bahawa manusia boleh mengawal 80% didalam sesuatu perkara dan 20% peratus diluar kawalan kita.

Leave a Reply to Dr K Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *