March 29, 2024

Mana Lebih Baik, Bercinta Sebelum Atau Selepas Kahwin?

Mencari Cinta Nora Danish Rusdy Ramli
Sekadar ingin bertanya.

Bagi koranglah kan. Dari pengalaman korang (bukan dari cerita orang ataupun bajet alim la kan). Mana lagi ok?

Bercinta sebelum kahwin atau bercinta selepas kahwin?

Ada seorang bertanya kepada Bro, kalau nak Bro bagi pendapat. Agak susah juga, kalau bagi tazkirah pula risau tak banyak membantu dia.

Mungkin anda boleh bagi pendapat dari segi :-

  1. Kahwin dengan pilihan keluarga
  2. Kahwin dengan orang yang baru anda kenali
  3. Kahwin dengan sahabat anda (tanpa ada rasa cinta)
  4. Kahwin terpaksa (yang ini minta dijauhkan – tetapi tetap ada juga kan)

Bro sendiri pun start bercinta selepas kahwin. Sebelum kahwin hanya jumpa bila perlu dan banyak habiskan fikir pasal urusan kahwin je.

Ramai yang tak berani bercinta.

Tetapi cinta itu satu perasaan datangnya dari hati atas izinNya untuk kita rasa.

Bukan setakat digunakan untuk menyintai semasa manusia. Bahkan sesama haiwan, ilmu, alam sekitar dan juga agama.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Mana Lebih Baik, Bercinta Sebelum Atau Selepas Kahwin?

  1. saya bercinta sebelum berkahwin tapi cinta x lama sangat lepas tu kawen. sebelum kawen pernah 3 tahun couple dengan ex bf tapi tak menjadi.. dgn asben tak smpai setahun kenal dah kawen. Cinta sebelum kawen @ selepas kawen bergantung pada diri sendiri.. akan jadi baik @ buruk bagi orang yang handle cinta tu. Tak semestinya cinta lepas kawen jaminan bahagia sampai akhir hayat tapi cinta lepas kawen ni cuma dapat elak dari perkara maksiat. Kurang la dosa dari segi tu.. kita yang dah kawen tak boleh nak boom terus org yang tengah bercinta sblm kawen sebab jiwa dorang pun macam kita (yg pernah bercinta sblm kawen).. cuma adalah lebih baik & elok hubungan cinta tu dalam status halal.. jadi bagi pasangan bercinta elok lah.. buat preparation nak kawen dari sekarang. jangan lama2 sangat bercinta

  2. bagi akak baik bvercinta sebelum kawen.tapi bukan la bercinta sampai tengok wayang sesama,tidur sekatil.jalan pegang2 tangan.bukan gitu..maknanya sebelum kawen kita kenal dia dan keluarga dia betul2..kalau selePas kawen nak bercinta tengok2 dia tak cinta pun kat kita.kita je ytang sibuk nak bAru bercinta dengan diA…kan susah gitu..kan?/tak pasal2 jadi janda..

    bercinta selepas kawen??cemana nak kawen kalau tak cinta.?kalau akak tak nak la orang suruh akak kawen dengan lelaki yang akak anggap biasa2 je ..tak de rasa cinta.kan?/kan??

  3. cinta lepas kahwin manissssss…..
    cinta sebelum kahwin pahitttttttttt……
    banyak pro dan kontra so tepuk dada tanya iman….hehe

  4. Bagi aku, cinta sebelum kahwin kita ada masa untuk kenal hati budi sebelum mula hidup bersama.. Tapi semua bergantung pada diri masing2.. Kadang2 walaupun dah kenal lama dan bercinta tapi bila dah kahwin ada jugak yg tiba2 jadi tak serasi..

    Bercinta lepas kahwin pulak aku rasa lebih susah.. Tambah2 bila berkahwin dengan orang yg kita baru kenal sekejap je, atau sebab pilihan keluarga.. Time tu kita kena usaha pupuk rasa cinta dalam hati kita dan hati pasangan utk sama2 suka, dan kena jaga.. Nak taknak kena buat sebab dah jadi tanggungjawab dah.. Dah kahwin takkan nak buat hal masing2 lagi kan.. So, bukan satu perkara yg mudah.. Tapi kalau dapat buat semua tu aku rasa cinta lepas kahwin akan jadi lebih manis.. macam orang baru bercinta..

    Tapi semuanya bergantung pada diri masing2.. Andai kata salah sorang buat hal, yg sorang lagi tu kena pandai main peranan.. Kalau tak pandai, bercinta sebelum kahwin ke atau selepas kahwin ke tetap akan punah jahanam..

  5. Bagi ME pula yang 1.Kahwin dengan pilihan Keluarga

    Sebabnya Ibu Bapa lebih mengenali bakal pasangan hidup kita dan hati Ibu Bapa lebih tajam dan makan garam. Lagi pun Nabi Dan Allah SWT pun menegah kita mendengar kata Ibu Bapa. ME rasa bercinta lepas kahwin lebih menyeronokkan sebab nak wat apa pun pasangan halal dan akan menjauhkan kita daripada fitnah.

    Sekian ;)

  6. ramai yang cakap bercinta selepas kahwin tu indah.. mudah.. tapi lain padang lain belalang.. ada yang bercinta sebelum kahwin tapi selepas kahwin pun teruskan cinta yang HALAL itu.

    tak semestinya bercinta sebelum kahwin itu tak elok yang penting kita tahu batas dan hukum. Mungkin istilahnya untuk kenali hati budi sebelum kahwin. Kalau nak bercinta selepas kahwin pun terpulanglah sebab ada yang mengalaminya dan rasa bahagia..

    tapi.. sedangkan lidah lagi tergigit.. Selamat selamat semua…

  7. Ni berdasarkan pengalaman MJ

    1. MJ pernah bercinta sebelum kawen, 4 tahun bercinta tapi kesudahan tak jadi kawen = FRUST

    2. Pernah cuba disatukan atas pilihan keluarga, kami TAK PERNAH berjumpa, sekali jumpa terus si LELAKI jatuh cinta, tanpa pengetahuan LELAKI, keluarganya mengaturkan supaya kami disatukan.. (kami baru 2 bln kenal takkan terus nak menikah-cheq menolak pinangan tersebut dgn baik-terus terputus hubungan keluarga)

    3. SUAMI sekarang masuk di saaat cheq berduka (kami kenal masa sekolah tp TAK PERNAH bercinta) MJ tertarik dan kami kawen (consider bercinta selepas nikah)

    Pada MJ bercinta sebelum atau selepas bergantung pada seseorang tu asalkan masing2 tahu tanggungjawab, tahu hormat pasangan, kerana perasaan CINTA akan wujud kalau niat kita ikhlas menerima kekurangan dan kelebihan pasangan, insyaAllah

  8. kalau sebelum, takut putus. kalau selepas, takut tak serasi. so, it depends. hope to get the best for me. tak semestinya kalau baik utk dia, baik jugak untuk saya. it is different for each person. just an opinion,, hehe

  9. Pengalaman saya bercinta setahun. Bertunang 1 1/2 tahun. Dua-dua perlu. Jika sebelum bercinta, selepas pun harus terus bercinta w/pun anak2 dah berderet2…usahakan kalau boleh…..

    Jgn lupa like G+ untuk entri Tips Buat Duit Dengan Bloeg dr Seminar Denaihati ek :)

  10. assalamualaikum bro…alhamdullilah berjaya jua menjalani detik2 pertemuan itu hingga ke saat indah perkahwinan moga akan terus mekar cinta yg dibina…

  11. in shaa Allah, kalau semuanya berasaskan agama, tak de masalah besar. Kalau pilihan keluarga, dan keluarga pun saling kenal, perasaan cinta tu boleh lahir lepas kahwin. yg penting kena ikhlaskan diri dan byk2 berdoa. in shaa Allah, kalau betul2 buat, Allah akan tunjuk jalannya..

  12. gua berniat nak bercinta selepas kawin.. rancangannya dapatkan one BFF dan cuba kenal hati budi dan rapat tanpa ayat geli2..hehe inshaAllah ada jodoh, ada rezeki gua, niat gua boleh dilaksanakan

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *