July 13, 2020

Parlimen Bakal Dibubarkan Pada 3 April 2013?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Ada Desas-desus mengatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan hari ini (Rabu 3 April 2013).

Dan ianya mungkin benar apabila kelibat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Negara kira-kira jam 8.25 pagi tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Berdasarkan laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas secara langsung pada pukul 11.30 pagi ini.

Dan mungkin ianya dijangkakan mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Anda boleh menyaksikan ucapan khas ini secara langsung pukul 11.30 pagi di televisyen.

Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari Istana Negara pada pukul 9.12 pagi dan akan ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan dipercayai yang terakhir penggal ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Parlimen Bakal Dibubarkan Pada 3 April 2013?

  1. fuhh tak sabar nak mengundi.. mengundi tak kisah sangat.. tyka suka masa kempen… sebab dlu pernah panjat pokok pacak bendera… bendera mana, itu rahsia.. he he

  2. Sudah diumumkan pembubaran Parlimen. Tak sabar untuk membuang undi. Nampaknya parti yang bertanding perlu menunjukkan kad prestasi untuk mendapat keyakinan meraih undi.

Leave a Reply to Faris Al-Muhandisu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *