April 26, 2024

Tanah Kubur : Akibat Menggunakan Minyak Pengasih

Cara Buat Minyak Dagu

Tanah Kubur minggu ini mengisahkan tentang Fadil yang selama ini menaruh hati dengan Zura.

Bagaimanapun, beliau ditolak mentah-mentah oleh Zura yang sedikit pun tidak berminat dengan beliau.

Ini menyebabkan Fadil terpaksa menggunakan cara lain untuk memiliki Zura sebagai isterinya iaitu dengan menggunakan minyak pengasih.

Setelah Zura selamat menjadi isteri beliau,

Fadil berasa cemburu jika ada orang lain menegur atau memandang Zura, dia akan mula cari pasal dengan orang tersebut.

Sehinggakan pada suatu hari, kesan minyak pengasih tersebut hilang (tamat tempoh) menyebabkan Zura sedar dan beliau sendiri tidak mengenai siapa dia Fadil walaupun dia adalah isteri yang sah kepada Fadil.

Ini menyebabkan Fadil terus berjumpa bomoh untuk mengetahui kepada minyak pengasihnya tidak berkesan lagi. Dan dalam perjalanan beliau terlibat dalam kemalangan.

Sewaktu hendak dikapannya, jenazah Fadil luka bernanah. Minyak keluar dari luka-lukanya dan mengeluarkan bau busuk.

Zura sendiri membuat pengakuan yang selama ini dia tidak mengenai siapa itu Fadil, bagaimanapun dia tahu Fadil merupakan orang yang selalu mengacau beliau sebelum ini.

Sewaktu hendak dikebumikan, liang lahadnya dipenuhi minyak.

Kredit gambar : babak Filem Minyak Dagu

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Tanah Kubur : Akibat Menggunakan Minyak Pengasih

  1. takut juga kalau terkena minyak dagu ni..
    selalunya terkena pada wanita cantik cantik kan..
    huihhh.. tyka tak nak cantik sangat, biasa biasa sudah kan..

Leave a Reply to topijerami90 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *