April 26, 2024

Pertandingan Memancing Anjuran Orang Kampung

pertanding memancing ayah broframestone
Pelik tapi benar.

Bro sertai pertandingan memancing yang dianjurkan oleh orang kampung Bro.

Meriah pertandingan bila hampir semua peserta Bro kenal (atenya satu kampung – kan dah keluar bahasa Perak).

Bro cuma peserta bidan terjun je.

Ceritanya begini,

Dengan tak mandinya dari event petang semalam, kemudian hantar isteri pergi kerja then cari tempat bermalam. Subuh lepas amik isteri terus gerak balik ke Perak.

Sebelum sampai, sempat call mak tanya ada dekat mana. Sekali mak cakap mereka ada dekat kolam pancing area nak pergi kebun getah yang selalu ayah Bro menoreh.

Time tue tak fikir apa-apa, so terus je ke sana dengan muka tak mandi. Bau badan pepaham je la (selamat ada minyak wangi – minyak atar je).

Sampai-sampai je tengok ramai orang dekat kolam. Rupanya tengah ada pertandingan memancing. Yuran penyertaan RM3 sahaja dan hanya ada 1 kategori (ikan terberat)

Dari plan nak teman family memancing terus jadi peserta memancing.

Tengok urusetia comel-comel je, tak tahu budak mana. Tapi tak boleh nak jeling lebih-lebih. Isteri dekat sebelah.

Tak banyak ikan dapat dinaikan, mungkin sebab ikan kenyang kot. Ataupun sebab dorang rambang mata tak tahu nak makan mana satu umpan.

Cuma ada satu drama terjadi tadi.

Dimana ikan terbesar gagal didaratkan. Ramai yang cuba membantu, malangnya tali terputus.

Sian Bro tengok budak tue, sampai menangis-nangis (rasa budak sekolah rendah) Masa tinggal 30 minit sebelum pertandingan tamat.

Meraung dia waktu itu.

Gambar : Itu gambar ayah Bro, dia memang kaki mancing dan suka memancing dari kecil lagi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Pertandingan Memancing Anjuran Orang Kampung

Leave a Reply to Ezad Skytech Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *