April 18, 2024

Mengaku Islam, Tetapi Tidak Tahu Mengucap Dua Kalimah Syahadah


Ramai orang mengaku Islam,

Tetapi tidak mengamalkan gaya hidup mahupun amalan sebagai orang Islam.

Ada juga segelintir yang mengaku beragama Islam, tetapi mereka sendiri tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

Memang sedih bila kita dapat tahu ada golongan yang macam ini. Kita tak boleh nak salahkan mereka 100%, mungkin kekurangan ajaran agama ataupun tiada pihak yang sudi membantu mereka selama ini.

Kes ini terjadi baru-baru ini,

Dimana rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber,

Perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah Semporna dan Lahad Datu sepanjang operasi.

Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

Apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam.

Anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

Itu baru benda yang kita nampak pada pengganas Sulu.

Belum lagi benda yang anda nampak pada umat Islam di negara kita sendiri. Ramai yang mengaku islam, tetapi bab hukum semua ikut apa yang dikongsikan di facebook tanpa tahu kesahihannya dan tanpa rujukan.

Belum lagi yang percaya pada benda kurafat walaupun mereka berjawatan besar dalam syarikat, ada pangkat mahupun yang berpelajaran tinggi.

Susuk menjadi peneman, pelaris dijadikan bekalan, toyol dijadikan pelaburan dan sebagainya.

Dunia-dunia…..

Renungkan…….

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Mengaku Islam, Tetapi Tidak Tahu Mengucap Dua Kalimah Syahadah

  1. Ya Allah macam macam hal diorang ni.. Dah lah datang serang negara orang, pegangan agama sekadar atas nama.. MasyaAllah mintak dijauhkan..

Leave a Reply to Travel-Zoom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *