March 29, 2024

Lawak Ke Der 2 – Dari Pentas Istana Budaya Ke Wayang

Lawak Ke Der 2
Selepas mencetus fenomena ketika dipentaskan di Istana Budaya (IB),

Persembahan ‘Stand-up Comedy’ Lawak Ke Der 2 telah diangkat ke layar perak buat julung kalinya sekali gus melakar sejarah dalam bidang perfileman tempatan.

Lawak Ke Der 2 terbitan Tall Order Productions (TOP) ini akan ditayangkan dalam bentuk filem berdefinisi tinggi (HD) di 70 pawagam seluruh tanah air pada 7 Mac 2013.

Ianya turut ditayangkan di pawagam Singapura dan Brunei Darussalam.

Lawak Ke Der 2 Hans IsaacHans Isaac selaku penerbit dan pengarahnya, mendapat idea untuk mengangkat persembahan Lawak Ke Der 2 ke pawagam untuk memastikan ia ditonton lebih ramai peminat setia persembahan genre komedi berkenaan.

Kita sediri sedia maklum bahawa sebanyak 15 persembahan musim pertama dan kedua Lawak Ke Der ‘sold out’ bila dipentaskan di IB pada Februari lalu. Ia membuktikan jenama Lawak Ke Der berjaya menambat hati penonton di negara ini.

Malah, Lawak Ke Der musim pertama juga berjaya menarik seramai 2.4 juta penonton di laman YouTube.

Manakala, pementasan Lawak Ke Der 2 berjaya menarik seramai 30,000 penonton apabila dipentaskan di IB sekali gus menutup tirai 2012.

Bagaimanapun pihaknya terpaksa memotong sebanyak 30 peratus daripada versi asal selama dua jam setengah kepada 105 minit saja dalam bentuk filem.
Lawak Ke Der 2 Jozan
Pihaknya telah menyunting semula dan memilih aksi serta babak terbaik untuk diterbitkan dalam bentuk filem tetapi ia tidak menjejaskan jalan cerita asalnya.

Antara babak yang terpaksa dipotong atau disunting semula ialah babak ‘perempuan jadian’ dan dialog ‘double meaning’.

Filem Lawak Ke Der 2 dimantapkan dengan penampilan enam pelawak terbaik tanah air iaitu Nabil, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Harith Iskander, Johan dan Zizan.

Trailer Filem Lawak Ke Der 2

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Lawak Ke Der 2 – Dari Pentas Istana Budaya Ke Wayang

    1. kan ramai nak boikot cerita ni selepas kes nabil ngn saleh yaacob , afdlin shauki troll Pakatan Rakyat.. tu dorang nak boikot cerita ni skali.. nonsence…

  1. Bagi yang tidak berkesempatan pergi menonton Istana Budaya boleh menonton babak-babak terbaik Lawak ke Der yang dikumpul untuk dijadikan filem.

Leave a Reply to Datin Tyka Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *