April 26, 2024

Penangan Berhantu Game Temple Run 2

Sejak dua menjak selepas Temple Run 2 dilancarkan.

Boleh dikatakan hari-hari Bro bermain Temple Run 2. Sudah macam ketagih bermain game ini.

Walaupun isteri pernah menarik muka sewaktu Bro ketagih bermain Temple Run yang pertama. Inikan pula Temple Run 2 yang lebih menarik dan mencabar.

Rasanya nak jadi isteri Bro perlukan kesabaran yang tinggi he..23x

Setiap hari ada sahaja member yang dok tayangkan rekod tertinggi mereka di facebook dan instagram.

Membuatkan Bro rasa tercabar. Selagi tak menewaskan rekod tertinggi mereka, selagi itu Bro macam susah nak stop bermain Temple Run 2 pagi petang siang malam.

Jika dulu, game ini hanya untuk pengguna iOS. Sekarang ianya terdapat untuk platform Android.

Ada tak sesiapa di sini yang bermain Temple Run 2.

Jom kongsikan rekod tertinggi korang. Nak try cabar. Lagi bagus kalau korang sertakan buktinya sekali.

Kredit gambar : Ezad Skytech

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Penangan Berhantu Game Temple Run 2

  1. Aku pernah main game Tample Run 2 ni kejap. Boleh ketagih main game ni. Bila isteri tarik muka dah aku asyik main game je, nak taknak aku pun buang jela game ni dari phone. Layan isteri lagi best..

Leave a Reply to Dkna Abza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *