March 29, 2024

Pemimpin Dari Kalangan Blogger Malaysia

Pemimpin Blogger

Pemimpin dari kalangan Blogger.

Adakah sesiapa dari kalangan Blogger di Malaysia ini yang layak diangkat menjadi pemimpin? (Jangan masukan blogger politik atau blogger yang sememangnya pemimpin – Dr M)

Ini adalah persoalan yang diajukan sendiri oleh rakan blogger – Yana Yassin pada Bro beberapa minggu lepas.

Bukan tiada pemimpin yang boleh dilahirkan dari kalangan blogger.

Cuma golongan yang boleh jadi pemimpin ini agak berkurangan dan mereka sendiri tidak mendedahkan kreabiliti mereka di blog, mahupun dilaman sosial – facebook & twitter.

Ada yang mempunyai kreabiliti sebagai pemimpin keluarga, pemimpin masyarakat, pemimpin pelajar mahupun pemimpin agama.

Kita nampak ciri kepemimpinan bila bertentang mata ataupun melihat dari gaya berbahasa, perbuatan mahupun cara pemikiran mereka.

Terdapat 3 jenis pemimpin yang boleh anda temui :-

  1. Petah berkata-kata (bukan jenis yang cakap besar atau “tin kosong”)
  2. Sudi mendengar (mendengar permasalahan orang lain, bukan dengar gosip orang lain)
  3. Sudi mendengar dan berkata-kata (seorang yang suka mengetahui permasalahan dan mencadangkan penyelesaian)

Sepanjang bro temui beberapa orang dalam arena blogging.

Ada beberapa orang yang bro dan rakan-rakan lain perasan mereka mempunyai kreabiliti sebagai seorang pemimpin dan terdapat ciri-ciri yang dinyatakan diatas.

Pemimpin tak semestinya perlu :

  1. Bercakap pasal permasalahan politik
  2. Hentam sana sini
  3. Sebar fahaman itu ini
  4. Ikut perhimpunan itu ini
  5. Mementingkan diri (apa yang dia cakap sahaja betul dan orang lain perlu terima)

Apa yang Bro nampak pada diri mereka (sehinggakan Bro layak menganggap mereka sebagai bakal pemimpin) :

  1. Banyak berbualkan mengenai permasalahan sekeliling dan mencadangkan penyelesaian.
  2. Tutur katanya lebih berasas dan bukan terikut-ikut dengan emosi sendiri mahupun orang lain.
  3. Menyebarkan benda yang ada fakta dan sumber yang boleh dipercayai.
  4. Sanggup turun padang walaupun sekadar sebagai sukarelawan.
  5. Boleh menerima pendapat orang lain dengan hati terbuka dan orang lain selesa dengannya.

Pada korang, ada tak ciri-ciri seperti yang dinyatakan ini terdapat pada diri, rakan-rakan mahupun adik beradik anda? Bagaimana pula dengan rakan blogger yang anda kenali?

Siapa tahu akan datang, bakal ada yang jadi Senator dalam Dewan Rakyat dari kalangan Blogger yang berjaya mencapai kepujian dalam kerjaya, perniagaan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau khidmat sosial atau berkebolehan dalam mewakili kepentingan blogger di Malaysia.

Bicara Bro : Gambar diatas sekadar hiasan, kredit kepada Boni Kacak.

Jari begitu tidak bermaksud berkaitan dengan politik atau yang seangkatan dengannya. Ianya secara sponton sewaktu Bro menyatakan tinggal seorang lagi rakan blogger yang belum sampai.

Diharap gambar ini tidak dijadikan isu politik atau dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

30 thoughts on “Pemimpin Dari Kalangan Blogger Malaysia

  1. Syabassss,… anda juga layak menjadi pemimpin. Semuaaa ada kelebihan dan boleh menjadi pemimpin, tapi dari segi mana terpulang pada diri sendiri untuk menilai. Setakat mana kita boleh menjadi pemimpin. :))

  2. Menjadi pemimpin memikul amanah dan tanggungjawab yang besar..harapan saya agar muncul seorang pemimpin yang berkarisma untuk mengemudi dunia blogger di Malaysia.Beliau pasti menjaga kepentingan dan kebajikan kerjaya seorang blogger.

  3. ermm…ramai je blogger yang saya rasa mampu jadi..sebab bagi saya, seorang pemimpin mesti ada sikap “look before you leap”

    dengan berblogging, saya yakin, sikap ni ada pada sahabat bloggers..

  4. petah berbicara selain yakin dengan apa yang diperkatakan itu sebenarnya menjadi faktor utama orang akan mendengar kata kata kita. bukan kerana publisiti tetapi pengaruh kepimpinan itu sendiri akan tertampil dengan sendirinya. hehe

  5. Salah satu cara, kita boleh tengok kepimpinan seseorang tu elalui event yang dianjurkan. Contoh seperti #SBB2013 baru-baru ini yang dianjurkan Denaihati membuktikan beliau memiliki daya kepimpinan yang tinggi. Bro pon sy nampak memang ada ciri-ciri seorang pemimpin yang bagus!

    Sekadar pendapat

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *