March 29, 2024

Faizal Ismail Juara PETRONAS “Switch for XTRA Road Challenge”

Switch for XTRA Road Challenge

Akhirnya PETRONAS telah mengumumkan kumpulan Faizal FBI menjadi juara “Switch for XTRA Road Challenge”.

Mereka telah menewaskan beberapa kumpulan selebriti lain termasuk Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Hanis Zalikha.

Kempen yang berlangsung selama 3 bulan ini menerusi laman peminat PETRONASbrands FB dimana selebriti ini terpaksa mengembara ke seluruh Negara untuk menyudahkan cabaran bersama peminat mereka sebagai ahli kumpulan.

Mereka juga perlu memaklumkan terus perkembangan terkini mereka kepada peminat-peminat yang lain menerusi video online dan jurnal sepanjang pengembaraan mereka.
Team Faizal FBI Switch for XTRA Road Challenge
Kumpulan Faizal FBI mendapat paling banyak sokongan secara online dan cabaran yang dilakukan oleh mereka iaitu memujuk orang awam untuk senaman robik di salah satu kompleks di Johor Bahru, Plaza Pelangi.

Ini melayakkan mereka dinobatkan sebagai pemenang dan menerima hadiah bernilai RM10,000.

Kumpulannya dianggotai oleh Affandy bin Hushni (Head of IT department) dan Ahmad Izzuddin bin Mat Salleh (Assitant Director of IT department)

“Switch for XTRA Road Challenge” merupakan salah satu inisiatif pemasaran PETRONAS untuk mendekati pelanggannya melalui laman social.

Berkenaan dengan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA,

Ia merupakan bahan api yang menawarkan prestasi terbaik untuk kereta Bro. Bro sendiri rasa ianya amat menjimatkan sepanjang Bro menggunakannya.

Anda sendiri tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan petrol PRIMAX 95 XTRA. Inilah masa yang sesuai untuk anda “Switch for XTRA” bagi menikmati prestasi terbaik dan penjimatan sepanjang anda menggunakan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA.
Juara Switch for XTRA Road Challenge
Bagi Faizal, beliau seronok sepanjang “Switch for XTRA Road Challenge” apabila dapat melakukan cabaran bersama peminatnya dan beliau berterima kasih kepada mereka yang menyokongnya selama ini.

Majlis meraikan pemenang telah diadakan di Roof Top, GTower, Kuala Lumpur dimana rakan peminat PETRONASbrands FB dijemput untuk memeriahkan majlis ini.

Terdapat beberapa acara diadakan untuk menghargai peminat mereka seperti Cabaran Buat Dialog, Cabaran twitter terpantas dan lain-lain.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah iPad Mini.
Blogger Switch for XTRA Road Challenge
Tahniah pada mereka yang bertuah pada malam itu.

Sekiranya anda terlibat dengan projek dan event dari PETRONAS. Jangan lupa untuk like PETRONASbrands FB – https://www.facebook.com/PETRONASbrands dimana pihak PETRONAS akan sentiasa mengadakan beberapa program dan event buat penyokong dan peminat mereka iaitu anda.

Untuk pengetahuan anda,

Petronas bakal melancarkan kempen PETRONAS Coffee Break bersempena musim balik kampung Tahun Baru Cina akan datang.

Fasa pertama untuk kempen ini akan berlangsung dari 7 hingga 9 Februari,, manakala fasa kedua pula akan berlangsung dari 15 hingga 17 Februari.

Dimana anda sendiri boleh dapatkan kopi dan makanan ringan percuma di 33 buah stesen minyak PETRONAS yang terlibat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Faizal Ismail Juara PETRONAS “Switch for XTRA Road Challenge”

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *