April 25, 2024

Cerekarama TV3 : Suamiku Jururawat

suamiku jururawatSuamiku Jururawat

Di slot Cerekarama TV3 menampilkan lakonan Tomok (Mikhail) dan juga Yana Samsudin (Suri).

Mereka berdua merupakan pasangan suami isteri dan berkerja di hospital yang sama.

Mereka berkahwin atas pilihan ayah Suri dimana dia berhutang budi dengan ayah Mikhail yang telah terkorban sewaktu menyelamatkan beliau. Dan Mikhail diambil sebagai anak angkat dan kemudian dikahwinkan dengan Suri.

Suria merupakan doktor pakar di hospital itu selepas tamat pembelajarannya di luar negara.

Manakala Mikhail hanya merupakan jururawat praktikal di hospital berkenaan yang masih lagi berlajar.

Beliau bercita-cita untuk menjadi doktor tetapi keputusan SPM beliau tidak mengizinkan beliau.

Suri malu jika ada orang lain tahu yang dia sudah berkahwin dan suaminya hanya merupakan jururawat.

Keadaan jadi makin parah, Suri cemburu bila jururawat dan doktor lain di hospital mula tertarik dan bercerita tentang minat mereka kepada mikhail.

Ini membuatkan Suri cuba untuk membuatkan Mikhail cemburu. Beliau mula baik dengan Dr. Fitri di sana.

Mikhail sakit hati melihat kemesraan isterinya dengan Dr. Fitri. Beliau merancang beberapa muslihat untuk mengenakan doktor lelaki tersebut.

Kerana muslihat ini, membuatkan hubungan dia dengan Suri makin rapat.

Akhirnya Mikhail tamat praktikal di hospital berkenaan. Tetapi beliau tetap datang ke hospital untuk mengitip isterinya.

Bicara Bro : Isteri Bro jururawat. Ada gak doktor yang berkenan, mungkin mereka tidak tahu yang dia sudah berkahwin. Tapi tiada sorang pun yang berani, sebab dia garang.

Tengah bayangkan kalau Bro beristerikan doktor.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Cerekarama TV3 : Suamiku Jururawat

Leave a Reply to maszull Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *