March 29, 2024

Rebat Penggunaan PlusMiles Touch n Go

Rebat PlusMiles Touch n Go

Hampir setahun menggunakan kad Touch n Go PlusMiles dari PLUS.

Baru pertama kali menebus rebat sewaktu ingin menambah nilai kad Touch n Go dekat kaunter Touch n Go dekat Petronas.

Kalau awek yang jaga kaunter tak tanya, pasti Bro tidak tahu pasal rebat yang selama ini Bro perolehi.

Sebab selama ini ianya macam automatik masuk setiap kali Bro menggunakannya di lebuhraya (kalau tak salah bro, sebab perasan nilainya bertambah)

Rebat 5% untuk penggunaan melebihi RM100 sebulan.

Mungkin berbaloi pada Bro yang merupakan pengguna setia PLUS setiap hari. Lagipun Bro selalu pulang ke Perak. Dan isteri pula orang Johor.

Memang lebuhraya PLUS menjadi penghubung kami sekeluarga.

Bicara Bro : Sejak menggunakan Touch n Go,

Pembelanjaan Bro agak terkawal, tak terasa sangat duit habis dan jumlah syiling dalam kereta dapat dikurangkan. Tapi terasa juga la bila nak tambah nilai RM50 atau RM100.

Tapi lagi terasa kalau bayar tol dengan duit kertas RM50. Selepas duit RM50 dipecah, confirm cepat je habis digunakan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

27 thoughts on “Rebat Penggunaan PlusMiles Touch n Go

  1. betul macam apa yg bro Denaihati cakap, ramai pemandu sanggup beratur taknak beli touch n go.. rasanya touch n go lebih memudahkan.. duit keluar sama je..

    dengan touch n go, dah tak perlu beratur panjang lagi. teetttt sekali je lepas tu boleh teruskan memandu ke destinasi

  2. Dulu memang ada rebat bg penggunaan 100. Ttp baru2 ni mada nak tebus peg tol kata hanya utk penggunaan lebih 80kali per bulan. Bila buat semakan dlm kad zero x ada rebat. Huhuhu. So dah ada semula ke.

  3. Untuk touch n go biasa juga. saya mmg guna tng, tak pernah tukar plus miles. kalau ikutkan sebulan lebih RM200 saya guna untuk ulang-alik pergi kerja. Tapi once minta rebate, best je. Kadang-kadang terkumpul lama, terus terkumpul rebate lebeih RM100… kurang sikit rasa beban… best! ..hehe

  4. Aku jrg guna PLUS. Tapi guna TnG mmg mudah.
    Bayar kad je RM10 seumur hidup.
    Bayar amaun tol sama. Tapi mudah sbb xde balance.
    Byk kes tol RM 2.20 pengguna bg RM 10.
    Sian tol girl tu nk pecahkan duit bsr

Leave a Reply to Nadot Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *