March 29, 2024

Rakan Blogger Yang Perlu Anda Kenali

Rakan Blogger Petronas KLCC
Permulaan tahun 2013 kadangkala mungkin ada positif dan negatifnya.

Ada blogger yang masih aktif berblog, ada blogger yang baru, ada blogger yang kembali aktif dan ada yang kurang aktif atau stop berblog.

Puncanya?

Hak peribadi setiap insan. Siapa cakap blog kena update setiap hari kan?

Di sini Bro ingin kenalkan beberapa orang rakan blogger yang mungkin anda kenali. Jika tak kenal, tak salah nak berkenalan.

  1. Ben Ashaari – Bapa idaman malaya
  2. Pinky Momma – Usahawan Blogger yang buka kedai dobi
  3. Boni Kacak – Jejaka bajet kacak, tetapi suara perindu
  4. Yana Yassin – Blogger yang dapat iPhone 5 percuma
  5. Siezuka – Gadis dari Malaysia bukan Jepun
  6. Hafiz Rahim – Suami & Ayah Mithali

Jika ada masa, terjah blog mereka. Tak salah nak tambah kenalan.

Bicara Bro : Blog bro makin kurang gadis datang mengomen. Kebanyakan yang datang komen adalah lelaki dan mereka yang sudah berkahwin.

Saham Bro dah jatuh kot :(

Ada sesiapa nak join Bro pergi farum blogger anjuran Denaihati pada 26 Jan ini di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Roger Bro asap ek (dekat fb), tempat terhad.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

65 thoughts on “Rakan Blogger Yang Perlu Anda Kenali

  1. kesian bro, maybe market jatuh lepas kahwin kot.. hehe

    takpe, lepas ni bro belajar lah dengan abang ensem pulak :D

    saya tak dapat join denaihati punya event tu, sebab ada komitmen lain. sedihnya :(

  2. blog kak jie ramai pengomen lelaki, apa pula ceritanya?

    hehhe…. lelaki rajin dan konsisten dan fokus pada hala tuju berblogging

    tak percaya? kak jie dah banyak tgok kes² mcm ni.

    blogger lelaki menulis perkara yg serius , lebih luas isunya dan ini akan kekal lama..kerana minat

    blogger perempuan akan alami perubahan dlm kehidupan dan akan mengubah juga rentak berblogging kerana mereka banyak menulis perkara yang berkisar dengan kehidupan mereka.

    ada blogger perempuan yang dapat kekal, tetapi tak sebanyak lelaki.

    26/1 ni tak dapat turut serta, ada urusan keluarga

  3. bukan saham turun daa tapi saham lu dah makin berkongsi..
    kongsi dgn cik wifey.. sesuai ler tuh..

    wa kenal sudah dgn blogger2 top ni. rajin + aktif..
    diorang je tak kenal gua.. hik3

    P.S. Ok brother.. jumpa pd 26 di SS nanti

  4. yoooo dik..lamanya tak singgah blog ni haaaih, rindu zaman dulu2 hahaha…org pun dh slow blogging, sbb adik tak singgah blog akak ler kekeke…

    salah satu sebab tak aktif, sibuk dgn laman sosial yg lebih menguasai, tu ja..betoi x?hihihi

Leave a Reply to hasrulhassan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *