April 18, 2024

Penjenamaan Blog – Pilih Theme Blog Mesra Pembaca

Paparan Amanz 2013

Penjenamaan Blog Bahagian Pertama

Pilih Theme (paparan pada blog) yang lebih mesra pembaca. Jangan pilih theme yang cantik pada pandangan mata sendiri sahaja.

Tertarik dengan luahan hati seorang rakan blogger bila dia berkata, “untunglah jadi blogger femes, blog ramai orang datang komen”

Kemudian Bro tanya dia,

“Blogger mana yang femes dan terima banyak komen itu”

Maka dia ceritakan satu persatu blog pada dia blog tersebut femes dan banyak komen (blog Bro tidak tersenarai)

Dan setiap blog yang dinyatakan, Bro pergi melawat dan mencari persamaan antara satu sama lain yang membuatkan blog tersebut ramai yang datang komen.

Kebanyakan blogger ini memang peramah.

Dari penulisan hingga kepada cara dia membalas komen setiap komen yang diterima agak santai dan lebih bersahaja membuatkan orang selesa untuk berinteraksi dengan mereka.

Paparan Rotikaya 2013

Paling ketara Bro nampak,

Mereka menggunakan theme yang simple dan tidak berat. Hanya perlu klik sekali untuk pergi kebahagian komen.

Ruangan paparan komen yang lebih luas.

Sidebar tidak berat, dimana widget yang tidak perlu, tidak disertakan sekali. Tiada popup iklan dan kedudukan iklan yang tersusun dan tidak menyemakkan pemandangan pada blog tersebut.

Paling penting,

Tiada muzik yang bukan-bukan sekiranya masuk ke laman blog mereka.

Anda perlu ingat, blog anda bukannya femes sangat untuk memaksa pembaca hanya buka blog anda sahaja pada browser komputer/laptop mereka.

Confirm pening kepala bila dengar bunyi yang datang dari 2-3 blog. Belum lagi dari bunyi dari Youtube ataupun muzik yang dimainkan pada komputer//laptop mereka.

Ada masa anda boleh terjah blog mereka dan bandingkan dengan blog anda sendiri :- Kujie, Boni Kacak, Fatin Liyana, Abang Ensem.

Gambar hiasan dari paparan muka depan blog Amanz.my & RotiKaya.com– Perubahan theme bagi permulaan tahun 2013.

broframestone bergabung denaihati

Bagi blog BroFramestone masih difasa awal dalam mendapatkan theme blog yang mesra pembaca. Terima kasih kepada DenaiHati kerana sudi mengkritik theme blog yang sebelum ini.

Bicara Bro : Menulis dengan hati. Jika nak orang lain baca isi hati anda, permudahkan mereka untuk membacanya.

Jika nak mereka memberi pendapat ikhlas dari hati mereka, terima saja komen dari anonymous (jika hati anda kering) dan jangan aktifkan word verification sekiranya ingin meninggalkan komen.

Blog yang femes bukan dinilai pada jumlah komen atau trafik, tetapi pada kekuatan penulisannya untuk mempengaruhi pembaca.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Penjenamaan Blog – Pilih Theme Blog Mesra Pembaca

  1. Secara jujur pada saya theme baru ini lebih bagus daripada theme sebelum ini yang agak slow untuk loading. Apa yang penting kena survey penulisan orang lain, tak begitu bro?untuk kita jadikan panduan supaya tak menulis syok sendiri

  2. setuju.. theme blog memainkan peranan penting yang boleh memikat hati para pelawat blog.. bukan saja theme yang kena mesra pembaca, tuan punya blog tu pun kena mesra jugak dengan para pembaca blog dia..

    sebelum sesebuah blog tu jadi femes, penjenamaan blog tu sangat penting.. bila ramai dah kenal dengan penjenamaan yang dibawa, lama2 ramai yang akan datang melawat..

    penulisan juga penting..

    widget2 di sidebar pun boleh memberi impak bagi kekuatan sesebuah blog.. tak semua benda perlu diletak kat sidebar tu.. kena pilih2 yang mana penting je.. widget radia ke lagu autoplay ke kalau boleh elakkan.. kat komputer/laptop orang yg baca blog mesti dah ada mp3 player yang tgh mainkan music.. tiba2 music dari blog berbunyi jugak.. memang menyakitkan hati

  3. Serius theme bro kali ni loading memang cepat. Kalau yang sebelum ni saya jarang dapat masuk sebab slow dan komputer saya pun jenis lembab, so skali skala dapat la… best best (^_^)
    Tengah berkira-kira untuk tukar theme mesra pembaca juge… rasa cam x brape nak mesra je skarang ni..hehe ;)

  4. ops… header family riang ria blog kak jie tu mcm dah lapuk..lama sgt guna tapi setakat ni belum jumpa yang lain lebih sesuai.

    kak jie tak suka letak banner di sidebar, kalau letakkan sila host pada domain sendiri supaya dia tak load lama .

    sila compress blog, check di sini utk tengok blog dah compress ke belum – http://www.gidnetwork.com/tools/gzip-test.php

    wp ada plugin.

  5. aku lebih sukakan theme yang lebih mesra seo. sebab memang biasanya semua theme, ada ruang komen yang boleh diterima oleh semua orang. But, if we got both, thats better.

  6. yup.. apa yg bro tulis kat atas ni mmg betul….
    1. blog berlagu..adakala lambat loading… olh sebab tu masa BW lappy akan mute.. hehehehe

    2. blog yg ringan theme nya maka ringanlah mata nak memandang.

    3. thx for this sharing.. nice.

  7. Yes bro… Betul… Dalam penjenamaan – theme blog adalah salah satu komponen terpenting. Malangnya ramai yang ingin menjenamakan blog namun dengan theme yang agak kurang menarik / lebih kepada tiru meniru. Melihat kepada blog-blog yang popular dan jenama mereka dikenali ramai – lihat sahaja tema kita boleh kenal – ini ialah rekaan bagi blog / laman sekian-sekian. Contoh TechCrunch… :)

    Untuk bro, design baru nie best… Lebih kemas dan tak sesak mata. Kalau ia responsive tu lebih baik, tema yang sama dapat dinikmati pengguna mobile… :)

  8. setuju!

    sy suka sgt bila blog tu simple dan bersahaja. tp terlalu simple pon tak menarik jgk. kalau ada muzik tu rs nk tekan pangkah je. hehe..tmbh2 lagi muzik yg sy xminat.hehe

    blog sy cmne bro? ok tak agak2

  9. Kalau ikutkan apa yang dicadangkan oleh Amanz adalah mengunakan theme blog yang responsive mengambil kira pembaca yang melayari blog mengunakan Smartphone dan Tablet.

Leave a Reply to santai leeza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *