March 29, 2024

Drama Derhaka – Keinsafan Anak Derhaka

Anak DerhakaKisah Derhaka minggu ini mengenai Amran seorang yang menjadi artivist kemanusiaan yang banyak memberi kaunseling kepada kaum wanita.

Beliau antara orang yang menegakkan hak perempuan dari ditindaskan.

Beliau waktu kecik dijaga dan dimanjai oleh ibunya yang merupakan ibu tunggal. Segala keinginannya cuba dipenuhi oleh ibunya walaupun ibunya hanya menjual nasi lemak dan menjadi pekebun sayur.

Sejak Amran berjaya, beliau jarang sekali menghubungi ibunya. Manakala ibunya tidak berani menghubungi takut menganggu Amran. Dalam masa yang sama ibunya menangung hutang dengan Ah Long.

Pada suatu hari, ibunya datang ke pejabat Amran tetapi dihalau oleh Amran. Dia tidak mahu menganggap itu adalah ibunya. Amran jijik melihat ibunya yang selama ini bersusah payah nak cari duit untuk pembelanjaan Amran ke Universiti.

Ibunya terpaksa meminjam duit dari Ah Long akibat terdesak tiada duit untuk pembelanjaan Amran. Akibat bunga yang tinggi, beliau terpaksa melacurkan diri untuk membayar hutang tersebut.

Amran terdengar tentang perkara terkutut yang dilakukan oleh ibunya. Beliau tidak ingin mengaku itu adalah ibunya dan dia rela mengaku bahawa dia tiada ibu di dunia ini.

Akhirnya ibunya cedera parah akibat dipukul oleh Ah Long.

Perkara ini mengejutkan amran. Beliau bergegas ke hospital tetapi beliau dilanggar kenderaan lain sewaktu melintas. Akibatnya beliau lumpuh dan tidak mampu berjalan dengan kaki.

Manakala ibunya telah meninggal dunia dan Amran rasa menyesal dengan apa yang dia lakukan dimana dia sendiri tidak sempat ingin memohon kemaafan dengan ibunya.

Drama Derhaka ditayangkan setiap hari Jumaat pukul 7.30 malam di Astro Oasis 106

Bicara Bro : Bro doakan diri bro dan adik-beradik bukannya anak derhaka dan zuriat Bro juga tidak akan menderhaka kepada ibubapanya.

Adakah anda anak derhaka? Jika boleh, minta maaf setiap hari dengan ibubapa anda. Mana tahu anda ada menguris hati mereka tanpa anda ketahui

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Drama Derhaka – Keinsafan Anak Derhaka

Leave a Reply to Mak Dara Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *