March 28, 2024

Drama Derhaka – Aurat

Drama Derhaka minggu ini mengetenggahkan isu aurat.

Ianya mengisahkan tentang farah yang baru tamat belajar dan mula berjinak-jinak sebagai model muslimah.

Baru 2-3 bulan beliau berjinak-jinak, beliau telah menerima banyak tawaran sebagai model dengan syarat beliau tidak boleh memakai tudung.

Dalam tempoh masa ini Farah telah menipu ayahnya sehinggakan ayahnya bertembung dengannya tidak memakai tudung.

Beliau memberi alasan kepada bapanya bahawa dia sudah besar dan tahu apa yang dia lakukan. Sedangkan waktu kecik dulu beliau tidak berani nak keluar rumah tanpa memakai tudung kerana takut ayahnya akan mendapat dosa.

Ayahnya amat kecewa dengan perubahan Farah.

Sehinggakan beliau ditawarkan menjadi model untuk majalah antarabangsa. Dengan syarat beliau perlu memakai pakaian yang seksi. Perkara ini menjadi perbualan orang kampung dan menyebabkan ayahnya malu.

Lalu ayahnya pergi ke lokasi photoshoot, Farah terkejut dengan kehadiran ayahnya.

Tetapi Farah masih bertegas dengan pendiriannya sebagai model profesional. Beliau sanggup tayang rambutnya yang cantik dan tubuhnya yang menawan untuk dipertontonkan kepada orang ramai.

Sehinggakan pada satu malam, rakan perniagaan Farah datang bermalam dirumahnya. Dia bercadang nak meraikan projek-projek yang farah dapat dengan arak. Sehinggakan Farah sedar pada keesokkan harinya dia telah dinodai.

Akhirnya Farah menyesal dengan apa yang berlaku setelah beliau dinodai. Beliau rasa berdosa sangat kerana tidak mengikut kata-kata nasihat dan teguran dari ayahnya.

Drama Derhaka mengantikan Drama Tanah Kubur di Astro Oasis 106 setiap Jumaat pukul 7.30

Bicara Bro : Dosa anak yang mendedahkan aurat akan ditangguh oleh ibubapanya.

Jangan sesekali mengatakan anda menyayangi ibubapa anda jika anda sendiri terang-terang mendedahkan aurat yang sebagai bekalan dosa kepada ibubapa anda.

Jika anda sudah berkahwin, ianya secara automatik menjadi bekalan dosa kepada suami anda.

Fikir-fikirkan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

27 thoughts on “Drama Derhaka – Aurat

  1. Jalan cerita drama Derhaka Aurat ini nampak menarik… Semoga lebih ramai remaja di luar sana mengambil ikhtibar ke atas perkara yang berlaku kepada Farah… Menutup aurat merupakan kewajipan setiap muslimin dan muslimat…

Leave a Reply to Ezad Skytech Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *