Drama Derhaka minggu ini mengetenggahkan isu aurat.
Ianya mengisahkan tentang farah yang baru tamat belajar dan mula berjinak-jinak sebagai model muslimah.
Baru 2-3 bulan beliau berjinak-jinak, beliau telah menerima banyak tawaran sebagai model dengan syarat beliau tidak boleh memakai tudung.
Dalam tempoh masa ini Farah telah menipu ayahnya sehinggakan ayahnya bertembung dengannya tidak memakai tudung.
Beliau memberi alasan kepada bapanya bahawa dia sudah besar dan tahu apa yang dia lakukan. Sedangkan waktu kecik dulu beliau tidak berani nak keluar rumah tanpa memakai tudung kerana takut ayahnya akan mendapat dosa.
Ayahnya amat kecewa dengan perubahan Farah.
Sehinggakan beliau ditawarkan menjadi model untuk majalah antarabangsa. Dengan syarat beliau perlu memakai pakaian yang seksi. Perkara ini menjadi perbualan orang kampung dan menyebabkan ayahnya malu.
Lalu ayahnya pergi ke lokasi photoshoot, Farah terkejut dengan kehadiran ayahnya.
Tetapi Farah masih bertegas dengan pendiriannya sebagai model profesional. Beliau sanggup tayang rambutnya yang cantik dan tubuhnya yang menawan untuk dipertontonkan kepada orang ramai.
Sehinggakan pada satu malam, rakan perniagaan Farah datang bermalam dirumahnya. Dia bercadang nak meraikan projek-projek yang farah dapat dengan arak. Sehinggakan Farah sedar pada keesokkan harinya dia telah dinodai.
Akhirnya Farah menyesal dengan apa yang berlaku setelah beliau dinodai. Beliau rasa berdosa sangat kerana tidak mengikut kata-kata nasihat dan teguran dari ayahnya.
Drama Derhaka mengantikan Drama Tanah Kubur di Astro Oasis 106 setiap Jumaat pukul 7.30
Bicara Bro : Dosa anak yang mendedahkan aurat akan ditangguh oleh ibubapanya.
Jangan sesekali mengatakan anda menyayangi ibubapa anda jika anda sendiri terang-terang mendedahkan aurat yang sebagai bekalan dosa kepada ibubapa anda.
Jika anda sudah berkahwin, ianya secara automatik menjadi bekalan dosa kepada suami anda.
Fikir-fikirkan.
itulah.. balasan..akhirnya dinodai.. rilek je lelaki botak tu…
Lelaki botak? Tertiba teringat pada seseorang huhu
yg penting dgr ckp mak bapak….
*tp mak bapak skang kemain suruh ank2 msuk bintang idola bagai…
Anak bro nanti, berlakon xpe.. Asalkan xmasuk program realiti entah ape ape entah nie.
sempat tngok iklan je,, hehe
Ada ulangan, jangan lupa tonton ek :)
seronok tengok cerita yg byk memberi pengajaran ni…
Bro pun suka. Masih menanti drama Tanah Kubur musim yang akan datang.
moral of the story : dengar cakap mak bapak.klu dah ngandung baru nak terhegeh-hegeh nyesal da takda guna dah..padan muko..hoho..kejamnya aku :)
Kejam menasihat xpe. Jangan kejam mengandungkan anak orang
muhasabah diri :)
Jalan cerita drama Derhaka Aurat ini nampak menarik… Semoga lebih ramai remaja di luar sana mengambil ikhtibar ke atas perkara yang berlaku kepada Farah… Menutup aurat merupakan kewajipan setiap muslimin dan muslimat…
Ramai yang tak sedar, mereka bangga mendedahkan aurat mereka
bila dah jadi macam tu baru nak sedar .. tapi bagus juga daripada tak sedar2 .
Bila dah asik dengan duniawi, macam inilah jadinya.
Bukan senang nak jaga anak perempuan seorang,ibarat jaga lembu sekandang
Jaga lembu sekandang lagi senang. Bagi cukup makan cukup minum, sudah boleh dijual.
tak sempat tengok episod nie…. baca sinopsis pun ok gak….
Layan je sinopsis dari bro.
harus didik anak sejak kecil untuk taat hukum allah. kdg balasan akan dibalas didunia secara tunai..
Elok dibayar secara tunai didunia supaya kita ada masa untuk memperbaiki kesilapan kita walaupun nasi sudah menjadi bubur.
akibat kejar sangat dunia sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai orang Islam…hmm…
pengajaran untuk semua
nahh tergadai sudah…kesian!..
Walaupun tak dapat tengok cerita ni,dapat baca sinopsis dari bro pun jadi la
bila benda da jadi macam tu..nak menyesal pun tak guna da..
kita jaga aurat kita sekarang, nanti di akhirat, Allah jaga aurat kita semula