March 29, 2024

Doa Dari Sahabat Buat Sahabat


Malam ini,

Air mata ku mengalir lagi.

Mengenangkan keadaan seorang rakan blogger yang rapat dengan bro sejak kali bertentang mata pada tahun 2010.

Bagaimanakah keadaannya sekarang?

Keadaan kanser beliau makin kronik. Kali terakhir aku temuinya, beliau sendiri menyatakan keadaan kanser beliau ditahap ke-4 iaitu paling bahaya sekali.

Kali terakhir aku bersembang dengannya di facebook sewaktu ingin menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan aku. Dia dia sendiri merupakan rakan terawal yang mengetahui kisah tentang hubungan aku dan isteri yang terpaksa disorok selama setahun.

Dia juga antara rakan yang mesra dan rajin menghubungi aku ajak mengeteh ataupun join event yang berkaitan dengan blogger.

Senyuman tidak lekang dari bibirnya buat ramai orang selesa bersembang dengannya.

Teringat lagi waktu berbuka puasa bersama-sama. Nampak anak-anaknya yang masih kecil, comel-comel belaka. Aku alihkan pandangan ku ke matanya. Aku nampak sesuatu dari matanya. Sesuatu yang dia sendiri tak nak luahkan.

Betapa tabahnya dia selama ini.

Moga yang terbaik buat keluarganya. Dan aku xkan putus berdoa untuk dirimu. Walaupun mungkin kau sendiri tidak mudah mengingati siapa aku.

Aku terima dengan tabah sekiranya kau pergi kepadaNya kelak.

Doa dari sahabat untuk sahabat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

37 thoughts on “Doa Dari Sahabat Buat Sahabat

  1. semoga bro jejai akan sembuh dan sihat sediakala…

    dugaan pesakit kanser saya dapat rasakan kerana saya sendiri mengalami situasi dimana ayah saya juga merupakan pesakit kanser….

    mari kita berdoa supaya bro jejai dalam keadaan yang selamat… dan panjang umurnya..

  2. Saya memang tak pernah mengenali bro Jejai… Saya tahu kisah penderitaan yang dialami oleh bro jejai melalui Blog Red Mummy, Bro Framestone, Abang Ensem, Tuan Denaihati, dan Eyriqazz… Saya kagum dengan ketabahan beliau… Semoga Allah permudahkan segala urusan bro Jejai dan ahli keluarganya… Amin..

  3. Rindu jugak la kat Bro Jejai,semoga dia tabah mengharungi semua ini dan diringi doa dari sahabat untuk sahabat agar kembali sihat seperti sediakala

  4. Seorang insan yang baik akan terus berdoa buat insan yang lain,walau apa jua yang terjadi. Berdoalah kita untuk kesejahteraan umat lain semoga ianya mendapat berkat Ilahi,insyaallah.

  5. Semoga Allah gantikan kepayahan dan derita Bro Jejai dengan Syurga yang kekal abadi dan pahala yg berpanjangan.

    Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul

  6. assalamualaikum bro…sedih rasanya semoga bro Jejai tabah menghadapi dugaan ini ….ketentuan Allah itu pasti…:(

  7. Pernah jumpa bro Jejai sebanyak 4 kali,kali terakhir sebelum puasa tahun lepas,dia memang pandai menyembunyikan sakitnya,memang tak tahu menahu sehingga kisah dia didedahkan :)

  8. sob..sob..sob..dpt tak jumpa jejai masa kawin tu? dua2 kakak akk dulupun detect dah stage 4. menjaganya di hospital walau 1/2 hari, 1 kotak tisu akk habiskan. sayu tengok keadaan mrk…

Leave a Reply to pipoq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *