Menjadi Travel Blogger merupakan salah satu impian Bro pada tahun 2012.
Semuanya bermula sewaktu Bro menghadiri Malaysia International Tourism Bloggers Conference 2012.
Banyak maklumat dan pandangan Bro terima yang berkaitan dengan mempromosikan pelancongan menggunakan platform Blog.
Tetapi kebanyakan blogger yang terlibat, banyak mempromosikan pelancongan diluar negara berbanding dalam negara. Dan ini mengurangkan maklumat di internet mengenai tempat pelancongan di Malaysia.
Mungkin peluang yang diterima oleh blogger berkaitan dengan memperomosikan pelancongan keluar negara berbanding dalam negara.
Bro sendiri dapati, pihak tertentu tidak cuba mempromosikan tempat pelancongan di Malaysia kecuali lebih mengutamakan produk pelancongan mereka sendiri sedangkan produk pelancongan yang mereka boleh perkenalkan lebih meluas.
Itu menyebabkan ramai pelancong macam kurang berminat menggunakan perkhidmatan mereka (contoh : penginapan, maklumat lokasi tidak lengkap, aktiviti yang kurang menarik)
Terima kasih Bro ucapkan kepada pihak Air Asia kerana sudi menaja Bro selama seminggu berada di Jakarta, Bandung dan Medan.
Pengangkutan, penginapan, makanan dan pemandu pelancong semuanya ditaja sepenuhnya.
Tujuannya bukan untuk mempromosikan pakej penerbangan mereka ketiga-tiga lokasi ini. Tetapi mempromosikan tempat pelancongan di ketiga-tiga lokasi supaya pelanggan mereka rasa berbaloi untuk menggunakan perkhidmatan mereka untuk ke sana.
Begitu juga dengan Tourism Pahang yang selama ini menjemput bro menyertai sebarang aktiviti mereka di Pahang dan mempromosikan beberapa lokasi yang menarik sebagai salah satu produk pelancongan mereka.
Apa-apa pun Bro sendiri rasa berbaloi menjadi Travel Blogger. Satu kepuasan yang patut kita rasa sebagai seorang Blogger.
Walaupun anda tidak mendapat peluang sebegini. Tak salah anda mencipta peluang sendiri. Guna duit anda sendiri untuk melancong dan tulisnya di blog.
Dengan cara ini membuktikan anda seorang Travel Blogger yang tulen tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Semuanya terletak pada jari jemari anda dan anda bebas berkongsi pendapat anda tentang seseuatu produk pelancongan.
Tetapi anda perlu ingat, jangan sesekali melemparkan pandangan yang negatif sehingga memusnahkan produk pelancongan tersebut (contoh : service yang tidak memuaskan, harga yang tidak berpatutan etc)
Sebaliknya anda boleh cadangkan penambahbaikan bagi membaiki perkhidmatan yang ditawarkan.
Jangan lupa sertakan sekali detail seperti nama tempat, alamat, no telefon, email dan peta lokasi bagi memudahkan orang lain ke sana.
Selamat mencuba.
Bicara Bro : Masih tercari-cari lokasi yang sesuai untuk berhoneymoon. Rasanya sechedule bro bulan 3 nanti baru free.
Bro suka dengan penulisan Deq Noor yang suka melancong seorang diri dan kongsikan diblog beliau.
all the best bro!
Thank cik lily
Travel memang seronok..cuma yang tak berapa seronoknya kewangan terhad..hehe
Travel ikut kemampuan itu yang sebaiknya.
Tak semestinya kena amik pakej yang mahal or amik penginapan yang mahal kan :)
Memang seronok melancong melihat negara orang. Pada sama perlu persiapan fizikal dan mental.
Kalau tak dapat melawat negara orang, dalam Malaysia pun ok je.
Nie asik lawat KL dengan Rawang je nie.
moga terus sukses, dah vote ya
Thank kak…
Seronoknya melancong. Dapat timba banyak pengalaman dan ilmu. Dapat nikmati keindahan setiap negara. :D
Tapi bro kesana habis dekat makan je he..23x
memang best..mai Thai pula
Kalau ada yang invite, kami sudi je datang ke Thai
Pulau langkawi je bro honeymoon..byk tempat menarik di sana..hik3
Dalam perancangan juga sebenarnya. Tapi belum tahu bila dapat ke sana.
Thanks bro kerana sudi membaca travelog DN… Insyaallah DN akan memperbaiki penulisan DN dengan mengambilkira cadangan bro itu.. :)
Alamak, Deq Noor perasan Bro ada mention pasal travelog dia dalam blig ini.
Deq Noor punya dah ok, bro suka bacanya.
wahh..rajinnya berjalan-jalan sambil menulis blog ya.
assalamualaikum bro…moga akan tercapai cita2 tu yer…:)
Jom melawat Thai,kami suami isteri ( siam / malaysia ) boleh membantu anda dgn bajet yg minima
http://satunsiam.blogspot.com/
menarik dan memberi inspirasi
Terima kasih :)
seronoknyaaa. Saya pun tengah kumpul duit untuk backpacking. Baru first time nak mencuba. :D