Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa
Ianya bermaksud – Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.
Maka berhati-hati dengan apa yang ingin anda tuturkan. Mungkin bagi anda, pertuturan anda sekadar nak melawak. Sedangkan kenyataannya, ia membuat orang lain tidak selesa dengan anda.
Jika terlalu kerap, mungkin anda akan disisihkan kerana orang lain rasa kurang senang nak bergaul dengan anda.
Maka jagalah pertuturan lidah anda.
Ada pepatah mengatakan, “lidah lebih tajam dari sebilah pedang”
Imam al-Ghazali telah menyenaraikan 20 kejahatan lidah antaranya bercakap kasar, lucah, menyumpah, berbohong, melaknat, mungkir janji, tuduhan palsu, suka berdebat dan mengumpat.
Di samping itu, bercakap mengenai perkara yang tidak berkaitan, sia-sia dan tidak berfaedah juga dilarang Islam.
Kejahatan lidah ada yang besar dan ada yang kecil.
Lidah yang jahat mempengaruhi jiwa seseorang, menyakiti dan memudaratkan orang lain dan juga diri sendiri. Contohnya, berkata kesat terhadap ibu adalah haram dan berdosa besar.
Menurut al-Ghazali lagi, kejahatan lidah adalah punca utama membawa kecelakaan seseorang di dunia dan akhirat.
Sama-sama kita renungkan.
Bicara Bro : Teringin nak makan cendol pulut.
betui2…ada sket santapan rohani pagi ni…bykkan senyum, senyum tu satu sedekah dan menyejukkan hati.
Betul tue mas….
Rajin2 la masuk blog bro dengan senyuman ek :)
terlajak perahu boleh undur walaupun x der gear reverse. tp terlajak kata terutama kata2 kesat amat buruk padahnya
Silap hari bulan penampar untuk tak boleh nak undur balik
Tapi kalau sendiri yang bercakap, sendiri sakit hati. Camne pulak eh ? :)
Itu maknanya orang itu ada masalah jiwa :)
menjaga lidah dari bercakap perkara2 yang tidak elok..
betul tue fendy… jangan sampai tergigit lidah sendiri. sendiri yang terasa sakitnya
setiap perkataan yang keluar dari mulut & yang ditaip oleh jari kita akan dihitung sebagai pahala atau dosa. renung-renungkanlah…
Like komen Farid ini
Sebab tu gua dah tak nak komen kat blog lu. Takut2 banyak kata2 gua yang akan menghiris hati ‘lembut’ lu nanti.
Sebab itu juga la lu xnak komen dekat wall fb wa kan…
AE memang berbudi bahasa orangnya. :-)
kadang2 kita sendiri tak sedar yang kata-kata tu menyakitkan hati orang lain :)
Sorry jika bro ada menyakiti hati dkna.
Hope dkna tak merajuj ek
lepas ni nak kena banyak berdiam diri je lah
Cuba la.. Bro cabar mu berdiam diri terutamanya di facebook he..23x
Risau ada yang majuj nanti kan, sebab xboleh nk sembang dengan abag kacak
Lebih baik diam daripada berkata2 dan menyakitkan hati org lain…
Silap mulut boleh cetus gaduh.. sebab mulut juga boleh bertrlur dahi ..hehehe
Walaupun tidak niat bercakap kasar melainkan ia telah disalah tafsir lagi menakutkan.
patutnya lidah. tapi mulut yang bersalah. hehe..
fikir sebelum cakap…