April 26, 2024

Kerana Mulut Badan Binasa

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa

Ianya bermaksud – Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

Maka berhati-hati dengan apa yang ingin anda tuturkan. Mungkin bagi anda, pertuturan anda sekadar nak melawak. Sedangkan kenyataannya, ia membuat orang lain tidak selesa dengan anda.

Jika terlalu kerap, mungkin anda akan disisihkan kerana orang lain rasa kurang senang nak bergaul dengan anda.

Maka jagalah pertuturan lidah anda.

Ada pepatah mengatakan, “lidah lebih tajam dari sebilah pedang”

Imam al-Ghazali telah menyenaraikan 20 kejahatan lidah antaranya bercakap kasar, lucah, menyumpah, berbohong, melaknat, mungkir janji, tuduhan palsu, suka berdebat dan mengumpat.

Di samping itu, bercakap mengenai perkara yang tidak berkaitan, sia-sia dan tidak berfaedah juga dilarang Islam.

Kejahatan lidah ada yang besar dan ada yang kecil.

Lidah yang jahat mempengaruhi jiwa seseorang, menyakiti dan memudaratkan orang lain dan juga diri sendiri. Contohnya, berkata kesat terhadap ibu adalah haram dan berdosa besar.

Menurut al-Ghazali lagi, kejahatan lidah adalah punca utama membawa kecelakaan seseorang di dunia dan akhirat.

Sama-sama kita renungkan.

Bicara Bro : Teringin nak makan cendol pulut.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Kerana Mulut Badan Binasa

Leave a Reply to mastura Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *