Dah genap 2 minggu majlis perkahwinan bro di Batu Pahat.
Maka genap juga 2 minggu pasangan pengapit yang menjadi pengapit sewaktu majlis perkahwinan bro meletak jawatan sebagai pengapit.
Untung Bro dan juga pasangan menjadi pasangan pengantin terakhir yang di apit oleh mereka.
Selepas ini turn mereka pula untuk di apit oleh pengapit.
Terbaik,
Pandai mereka menjadi pengapit, terutama tang part tawar menawar sewaktu menempuh tol-tol yang ada disepanjang laluan untuk menemui pengantin perempuan.
Belum lagi layanan mereka di meja pengantin waktu makan beradab.
Tidak lupa juga,
Mereka bukan takat jadi pengapit, pelayan (waktu makan) bahkan jadi photographer untuk majlis perkahwinan Bro dan juga outdoor photoshoot.
Ini betul-betul pakej menarik. Tak sia-sia bro berkenalan dengan mereka.
Anda boleh mengenali pasangan ini dengan mengikuti perkembangan mereka di blog dkna.my (follow blog mereka).
Aksi pengantin bersilat.
Bicara Bro : Dari dunia blogging, bro kenal ramai orang yang datang dari dunia berbeza dari bro.
Kenal orang yang bukan dihasilkan dari acuan yang sama (rakan sekolah, rakan universiti) atau terpaksa menerima kewujudan mereka (rakan serumah, rakan kerja).
Unik dunia ciptaanMu dan terima kasih kerana dipermudahkan untuk aku mengenali mereka.
macam ku kenal pengapit tersebut…
next year turn mereka… sapa nak jadi pengapit…
Mu semua mu kenal kan.. Untung la… he..23x
Ke mi teringin nak naik pelamin lagi nie?
hehe.. kebetulan je bro… tambah kenalan…
haha naik pelamin sebagai pengapit boleh ar… sebagai pengantin erk..~~
Tahniah brother..
Baik2 makin tepi sungai tuh..
Lepas puas bersilat boleh terus terjun ke dalam sungai. :-)
Main tepi sungai xpe, jangan tengah sungai.
Nanti tak tahu terdampar dekat mana he..23x
ooo… dekna yg jadi pengapit ye… bagusnya… :)
Yup, dkna yang jadi pengapit. Rugi deqnoor tak datang.
Keris lawan kasut, sapo la yg menang agaknyer yer,hehe
Tumit kasut kalau kena kepala boleh biol jadinya. :-)
Selepas ini pengapit mana mula mengaga apalah adat menyuap antara pengantin.
Tang tue, kita kena tanya pada mereka yang suka amik gambar candid :)
Siapalah agaknya tuh. :-)
wahh..bersilat guna kasut ker??
Dalam silat, tok guru bro kata – apa-apa pun kita boleh jadikan senjata.
laaaaaaaa… dekna ke yang jadi pengapit kat batu pahat tu???hehehehehe
Yup.
Nak harapkan Boni? Dok bergambar sana sini + karaoke sampai majlis orang pun hujan… he..23x
Betul tu bro,masa nak lepas tol,lama jugak la kan,kesian bro berpanas aritu
Ala… Panas sikit je tue, malam sejuk. Isteri ada boleh panaskan he…23x
Ada amik gambar bro masa tol tak?
pasangan yang sama cantik sama padan..
baik pengantin mahupun pengapit………
Baik kerusi dengan pelamin kan.. he..23x
assalamualaikum bro…memang sepadan pasangan pengantin n pengapit pengantin….tahun depan turn pengapit tu pula yer…;)
Kita terjah pula majlis perkahwinan pengapit :)
amiiiinnnn..mudah2 Allah permudahkan urusan bekas pengapit bro… InsyaAllah :)
Wah wah.. ok aminnnnnn…!!!
diaorang berdua bila pula nak disandingkan..nanti bro pula yg jadi pengapit mereka..hehehe
Insya’lah tahun depan. Bro jadi pengapit, risau bro terasa nak naik pelamin lagi je nanti.
selamat pengantin baru bro
Thank kak, rahsia kita tue, biarkan rahsia ek… Doa-doakan je
Suka tengok gambar yang last tu. COmell..
Siapa yang paling comel he..23x
First time komen kat blog Bro. hehe..
Selamat pengantin Baru ye. Semoga berbahagia sepanjang hayat. pengapit pun sama padan je nampaknya. Tumpang happy utk u olls… :)
Terima kasih yana halim…
Macam kenal je pasangan pengapit tu…adakah pelanduk 2 serupa!
Ke memang pelanduk yang serupa :)
DKNA Cantik.. suka tgk gambar bro & Iera.. berseri2.. hehehe :)
Nurul pun cantik juga.. Nak berseri2? Tunggu turn Nurul nanti he..23x
sekarang dah tak buat aksi macam tepi sungai tu kan. nanti semua org ingin bro dan isteri dah start gaduh2..haru. jgn lah kan.
thanks a lot to mikael & dkna..tak sabar menanti time korang pulak