March 29, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 29] – Jangan Amik Mudah

Bak kata saudara Denaihati – “Jangan Amik Mudah”

Tetapi ada beberapa blogger mengambil mudah dengan peluang yang telah diberikan kepada mereka.

Sedangkan ramai lagi blogger diluar sana menantikan peluang seperti ini. Bukan senang nak dapat peluang untuk dijemput menghadiri event, movie screening, product review & juga advertorial (post berbayar).

Mungkin benda ini susah nak terjadi kepada blogger yang memandang serius benda ini, terutamanya melibatkan kreability mereka sebagai seorang blogger, reputasi dia sebagai blogger contoh ataupun mereka yang betul2 menjana pendapatan dari blog (beratus mahupun beribu sebulan)

Dari pengalaman dan asam garam mereka selama ini menyebabkan mereka masih lagi berada diatas.

Tidak goyah ataupun berhenti dari menulis blog. Tidak terlintas dihati mereka untuk menutup blog mereka. Dan mereka tetap terus berblog walaupun ada blogger yang anti pada mereka.

Perlu ke anti?

Mungkin ada sesetengah blogger yang tahu pasal ini. Bro merupakan salah seorang dari beberapa blogger yang rajin share projek sesama blogger.

Bukan jenis makan sensorang.

Ada sesetengahnya berbayar dan ada sesetengahnya tidak berbayar.

Ada sesetengahnya cepat dibayar dan ada sesetengahnya lambat dibayar.

Ada blogger yang cepat mengambil peluang ini dan ada yang tidak berminat (ini hak masing-masing : tiada masalah punya)

Cuma agak terkilan pada sesetengah blogger yang pada mulanya berminat dengan projek yang bro bagi. Detail dan tips bantuan turut bro sertakan sekali.

Bila sampai masanya projek itu berjalan (kita amik contoh sponsor post – advertorial berbayar)

Dah berhari-hari projek itu sepatutnya bermula. Tetapi, tiada satu pun dibuat oleh mereka (macam tiada respon). Spotcheck demi spotcheck bro buat (bagi masa) tetapi tetap tiada apa-apa perkembangan.

Bila dihubungi, mereka menjawab, “maaf bro, tak faham la dengan projek ini”

Eh….!!!

Susah sangat ke bila tak faham, terus bertanya. Tak perlu nak mendiamkan diri berhari-hari.

Ish…23x Mungkin susah kot bagi mereka untuk bertanya pada Bro. Fb + twitter + email + no phone bro berikan untuk mereka berhubung dengan bro.

Ke korang ini jenis yang susah nak bertanya.

Kalau korang dari kecik rajin bertanya, entah-entah sekarang ini korang sudah jadi doktor ke, peguam ke, CEO mahupun Angkasawan.

Tak pun jadi blogger yang mempunyai banyak cerita untuk dikongsikan (bukan blogger copy paste) he..23x

Nampak macam tegas dan keras amaran yang bro berikan. Mungkin ya, dan mungkin tidak. Untuk kesedaran bersama juga. Tak nak la sebab ada blogger seorang buat macam ini, yang lain kena tempiasnya.

Bro tak nak ada orang pandang rendah blogger. Walaupun diri bro tiadalah tinggi mana.

Bicara Bro : Bro boleh bantu korang, tetapi korang kena bantu diri korang.

Kalau tidak, korang tak akan kemana.

Seronok pula tengok gambar blogger bergambar beramai-ramai, lepas itu tempek dekat blog. Hope tiada la yang tinggalkan komen dengan perkataan “untunglah”

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 29] – Jangan Amik Mudah

    1. “my teacher” tau la perangai anak murid dia kan……
      malu bertanya sesat jalan..rugi petrol..rugi tol .. rugi masa…hekhek..

  1. Dkna cuba fikir positif kalau dkna berada dlm keadaan bro skrg, mungkin bg tp kalau asyik tak barubah, baik bro yang berubah cari blogger lain heheeee

    psssstt : adakah dkna pon tergolong gak nie lalalaaaaaa :-)

  2. Panjang luahan hati bro…

    sebagai bloger dan manusia, MB memahami apa yang bro rasa…

    tetapi itulah nama manusia… tidak lekang dari kesilapan..

    Jika diberi peluang, sepatutnya tidak disia-siakan.. berbayar atau tidak ketepikan dulu… yang penting exposure yang kita dapat.. dan pengalaman….

    harap mereka di luar sana dapat perbaiki kesilapan masing-masing… (^_^)

    sama-sama kita bantu membantu…

    1. setuju dengan melastik bintang.. actually, ia adalah salah satu platform untuk UP kan nama blog. bukan harap nak duit aje.. betoi tak yob??

    2. betul tu Kid… platform untuk upkan blog..

      kalau boleh jangan berkira sangat dengan bayaran… setelkan task dulu.. lepas tu kalau nak sembang psl bayaran sembang la.. hehehe…

      pss: <— pernah buat review 1 post rm10 je… sikit kan.. tapi alhamdulillah.. sebab ada peluang dan dapat experience….

  3. betul tuh bro, kata nak join, dah janji, pastu x mai, kita nak tolong tp mungkir janji, so jadi susah bila ada projek projek baru nanti kan

  4. insyaAllah jika ada kelapangan dan mampu untuk buat, memang Oshin akan follow tapi kalau rasa was2 awal2 da inform tak dapat..takut dah berjanji takkan tertunai..hope oshin bukan salah satu dari mereka :D

  5. Waaah,.. ada gambar saya lah, 2x pulak tuee.

    Hurm, x berani nak komen banyak,.. harap saya tidak buat Bro kechik hati lah yaa… Mana lah tau terlebih kata, terlepas bicara. Eceehhh, ayat drama sangat :)

    Yang Benar,

    Yana Yassin.

  6. Terima kasih di atas perkongsian pengalaman bro dalam berurusan dengan klient dan rakan-rakan blogger.. kalau ada apa2 projek blogger boleh hubungi saya.. Insya Allah saya akan cuba memberi respon sekiranya saya ada kelapangan masa pada waktu tersebut.. ;)

    P/s : teringin nak bergambar beramai-ramai dengan rakan-rakan blogger..

  7. Kalau yang buntu hendak menulis event yang hadiri boleh minta bantuan dari sahabat blogger yang turut menghadiri event tersebut.

    Formula menulis entri yang saya boleh kongsikan adalah

    Formula asas penulisan:4W1H

    W1= Who
    W2= When
    W3= Where
    W4= What

    1H = How

    Persoalan-persoalan ini boleh ditanya pada diri sendiri untuk mengingati kronologi event yang dihadiri. Sekurang-sekurang dapat mengingati.

    Kalau masih susah juga hendak bermula boleh cuba cara tulis didalam sekeping kertas apa yang berlaku. Tidak perlu mengikut turutan. Kemudian susun dan kembangkan menjadi baris perkataan seterus menjadi perenggan dan artikel.

    Sedikit tips yang tidak seberapa daripada saya.

  8. UNTUNGLAH… heheheheh jng marah bro.. ni mcm luahan hati gak lah tapi betul gak kata bro.. cuma kalau mcm blogger yg tak layak ni tapi menanti2 gak job dari blogger lain tak dpt2 pun cuma berharap lah… untung korang yg dpt projeck ngan bro mcm saya tak dpt2 lg…

Leave a Reply to papa mifz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *