April 25, 2024

Edisi Terhad Model Lego Ferrari Dari Shell Untuk Koleksi Anda

Untuk pengetahuan anda, Shell telah melancarkan model-model kereta LEGO serta LEGO Minifigures yang merupakan kerjasama mereka dengan Ferrari dan Kumpulan LEGO.

Ianya boleh dibeli secara eksklusif di stesen-stesen Shell di seluruh negara.

Anda boleh berbangga dengan koleksi enam model LEGO eksklusif ini pada harga RM12.90 tanpa perlu membeli apa-apa produk Shell.

Promosi ini bermula dari 8 November hingga 3 Febuari 2013. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.shell.com.my/LEGO.

Shell dan Kumpulan LEGO telah menghasilkan enam model LEGO eksklusif yang direka berdasarkan kenderaan-kenderaan yang paling ikonik dalam sejarah Ferrari.

Diantaranya ialah Scuderia Ferrari Truck, Ferrari F40, Ferrari F150° Italia, Ferrari 458 Italia, Ferrari FXX dan Ferrari 250 GT Berlinetta.

Bagi anda yang mempunyai minat dengan koleksi model ferrari ataupun model lego. Ini merupakan koleksi yang patut anda miliki.

Dan Bro juga salah seorang yang sedang mengumpul koleksi ini.

Apa yang anda perlu tahu tentang model ini?

Ferrari F150° Italia – Penghasilan semula oleh kumpulan LEGO kereta F1™ yang telah memenangi perlumbaan 2011 dengan pilihan untuk menukar kepada gaya penampilan Felipe Massa atau Fernando Alonso.

Scuderia Ferrari Truck – Trak pengangkutan yang biasa kelihatan ini merupakan sebahagian besar daripada pasukan perlumbaan Ferrari dan oleh itu membawa dimensi lain kepada koleksi eksklusif ini. Versi LEGO kenderaan ini telah direka bentuk dengan pemerincian lampu, radiator dan kekisi depan.

Ferrari 250 GT Berlinetta passo corto (SWB) – Legenda sebenar dunia lumba motor; bukan sahaja merupakan salah sebuah kenderaan paling menawan yang pernah dicipta, bahkan adalah kenderaan Ferrari pertama yang menggunakan brek piring. Lampu depan berbentuk bulat dengan menggunakan blok LEGO menyerlahkan lagi keindahan bentuk asalnya.

Ferrari F40 – Salah sebuah kereta sport yang paling dikenali sepanjang zaman. Bentuk aerodinamik klasik serta spoiler belakang segi empat adalah rekaan yang pasti dapat dicam dengan serta-merta dan ini kesemua ini disempurnakan dengan menggunakan blok LEGO.

Ferrari FXX – Evolusi perlumbaan berprestasi tinggi terbaru Ferrari Enzo; salah sebuah kereta paling berkuasa di dunia. Versi LEGO terdapat dalam penampilan hitam untuk menyerlahkan gaya Ferrari FXX yang lancar lagi rapi.

Ferrari 458 Italia – Boleh dikatakan sebagai kereta paling ikonik dalam rangkaian Ferrari terkini, maka tentu menjadi pilihan dalam promosi ini. Kumpulan LEGO menggenapkan segala usaha untuk menghasilkan segala pemerincian unik termasuk ekzos ganda tiga dan lampu depan pelbagai LED demi menghasilkan sebuah permainan yang sebenar lagi menyeronokkan.

Bagaimana untuk memiliki keenam-enam koleksi ini?

Ianya boleh anda dapati di Stesen Shell berdekatan anda dimana harga untuk 1 model hanyalah : RM12.90*

Atau

Beli Shell V-Power Racing atau Shell V-Power 97 berharga RM40 dalam 1 resit dan anda boleh beli sehingga 3 LEGO® model kereta atau LEGO® Minifigures set pada harga RM10.90satu **

Beli Helix Ultra/HX7/HX7E/HX7 Diesel (4L) dapatkan 1 FREE LEGO® Minifigures set dan anda boleh beli 3 LEGO® model kereta dengan harga RM12.90 satu***.

*** Tertakluk pada terma dan syarat.

Bicara Bro : Best juga main pasang-pasang LEGO kereta ini. Terutama bila pasang bersama dengan isteri tersayang.

Masing-masing nak tunjukan kepakaran walaupun manualnya telah disediakan.

Kata orang usaha tangga kejayaan. Model dipasang bersama-sama tetapi akhirnya jatuh ke tangan isteri. Sebab sayang isteri, terpaksa mengalah. Dia lagi meminati kumpul koleksi sebegini.

Nampak gaya, kena beli lagi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Edisi Terhad Model Lego Ferrari Dari Shell Untuk Koleksi Anda

    1. maaf bertnya..yana dh lama nk follow blog nie. tapi yana xjumpa button follow. kat mana yana boleh klik utk follow ea … kurang pndai lg psl blog.. hehehhh

    2. Ok xpe… Maaf untuk blog berplatform wordpress seperti blog ini..

      pada awal tahun 2011, Google tengah keluarkan statement dimana product yang mereka hasilkan hanya boleh digunakan diatas platform mereka sendiri.

      Hasilnya friend google connected (platform kepada button follower telah ditamatkan serta merta.

      So follower blog ini yang beribu-ribu hilang macam tue la.

      Maaf ek. Boleh je follow bro di fan page ataupun dilaman facebook bro sendiri

  1. Saya masih ingat lagu sewaktu Shell melancarkan koleksi model kereta Ferrari dulu..Saya antara pengumpul tegar koleksi kereta tersebut.. Hampir lengkap semua koleksi model kereta Ferrari yang sempat saya kumpul.. Tapi sekarang ni semuanya hilang entah ke mana2.. Masa nak berpindah ke semenanjung hari tu, main sumbat barang dalam kotak.. Sampai tak terperasan, ada bawa sekali tak kereta Ferrai tersebut… Untuk kali ni dah tak ada mood nak kumpul kereta ni sebab dah jarang isi minyak dekat Shell.. ;)

  2. assalamualaikum bro…best2 dpt pasang lego bersama2 yer…suami isteri la katakn semuanya mesti bersama yer kan heheheee..;)

  3. memang berbaloi untuk dikumpul…saya pun tgh berusaha mengumpul selagi boleh. Boleh dijadikan pelaburan jugak untuk jangka masa panjang jika kita tahu cara menilai barangan edisi terhad ni

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *