March 29, 2024

Bakal Pengantin Gunting Rambut #KahwinBro

Majlis perkahwinan tinggal seminggu lagi.

Dah sebulan lebih rambut tidak terurus dan muka berserabut. Mahu tak berserabut bila misai dan janggut tak terurus.

Kadangkala sehari mandi sekali je. Masa bro berada dirumah juga berkurangan.

Tiap-tiap minggu ulang alik Perak – KL – Johor. Sampai ada yang cakap, bro anggap Johor tue macam Putrajaya – KL je. Boleh balik hari, macam tak ada apa-apa.

Disini, bro nak perkenalkan hair styler aka tukang gunting rambut bro selama ini. Sejak tahun 2005, selepas bro habis berlajar di Ipoh, Perak.

Sivakumar, umur awal 30-an. Owner kedai gunting rambut selama 10 tahun di Tanjung Malim. Bro lebih selesa potong rambut dengan dia berbanding dengan pekerjanya.

RM7 untuk sekali potong.

Waktu bro masuk ke kedainya tadi, ucapan pertama yang bro dengar dari dia,

“Selamat datang pengantin baru..!!!”

Terkejut bro, lalu bro tanya bagaimana dia tahu bro nak kahwin nie.

Jawapan dia memang mengejutkan bro. Dia cakap, “Satu Tanjung Malim tahu Bro nak kahwin”

Bicara Bro : Dia memang kenal keluarga bro. Dari ibubapa sampai ke adik bongsu Bro.

Dalam hidup Bro, hanya ada 5 orang tukang gunting rambut je yang selalu bro minta mereka guntingkan rambut.

Sorang dah tua, mata kurang jelas. Sorang tak tahu buka kedai dekat mana. Sorang lagi dah bz dengan projek arkiteknya (tukang gunting masa dekat asrama). Sorang lagi selalu balik Bangladesh.

Yang terakhir pula, mati akibat dibunuh (Bukan islam)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Bakal Pengantin Gunting Rambut #KahwinBro

  1. hahahahaa… satu tanjung malim sudah tau maaaa.. hehehee. nasib baik dia tak cakap.. “saya tau sebab baca blog bro dan tengok FB..” hehehee

Leave a Reply to boni kacak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *