November 24, 2020

Wonder Girls Berbaju Kurung : Hati Nak Beristeri Gadis Korea

Baru-baru ini Wonder Girls ada melakukan persembahan dengan memakai baju kurung.

Ini buat ada yang terasa nak memperisterikan gadis Korea selepas melihat gambar gadis Korea ini tersebar di alam maya.

Yang bro maksudkan, bukannya bro sendiri (Mati bro, kalau bakal mak mertua terbaca pasal ini)

Tetapi Hafiz Rahim (ini bukan tuduhan, tetapi terbaca pasal ini diblog beliau.)

Dapat gadis korea yang boleh terima budaya kita sebagai orang melayu & islam. Itu lagi bagus.

Mana tahu hatinya terbuka untuk peluk agama islam.

Tapi risau juga, dorang turun ilmu Gangnam Style, jenuh kita nak melayannya nanti.

Mahu katil pengantin boleh patah dok Gangnam Style melompat-lompat atas katil. Sekadar gurau ek.

Terbaca juga apa yang si Hafiz kongsikan dalam blognya

“Artis Malaysia suka sangat ikut fesyen budaya barat sehingga sanggup dedah sana sini. Sedangkan budaya kita sendiri menunjukan kita mampu memakai pakaian yang cukup kain pada harga lagi murah”

Bicara Bro : Bro suka pandang perempuan yang manis bertudung.

Agak kurang gemar pandang perempuan yang suka dedah sana sini. Terasa pintu hati macam tertutup je bila jumpa dorang.

Dulu masa zaman U, ada je pelajar perempuan bila nampak bro terus cover apa yang perlu dicover. Kenapa ek?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Wonder Girls Berbaju Kurung : Hati Nak Beristeri Gadis Korea

  1. ayu je nampak awek saya kat atas tu…macam mana lah boleh terlepas gambar ni..hehehe…..

    tak dinafikan…agak sukar sebenarnya untuk warga asing untuk menerima budaya kita… tengok sahaja wanita-wanita yang berkahwin dengan warga asing..apa jadi pada hidup mereka….

  2. masa kat u dulu bro pakai kopiah lebai kut..2sbb diorg cover sana cover sini..

    ke sbb mata bro terbeliak tngk pompuan tu..tu sbb cover kut..

    haha plih yg mana 1 jwpan bro..

  3. jatuh cinta dibuatnya tengok diorang pakai baju kurung.. tapi awek melayu yang berbaju kurung pun boleh buat jatuh cinta jugak.. tambah2 yang bertudung..

  4. bro, if zie jd bini bro kan…once zie baca tajuk entry tu…kompom bro kena tido di luar mlm ni. hahahahaha. amboiiiiiii kau brooooo

    pape pun, manis je dorg berbaju kurung. love seeing them in it :)

    1. Selamat zie xjadi bini bro… Kalau jadi, sure bro tazkirah zie jgn baca tajuk je.. Baca isinya juga.

      Tidur luar? Tgu ada isteri lain la…

      Mahu tak manis, dorang lagi manis dari sesetengah lelaki berbaju kurung dan bajet dah bertaubat

  5. aik, baru saya tahu pula WonderGirls ada buat persembahan di sini. Mulanya tak tahu WonderGirls ni apa. Lepas mengGoogle baru tahu. Tak berapa ikut perkembangan hiburan..

Leave a Reply to Slik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *