March 29, 2024

Kami Mahu Pizza Hut Cheesy 7 Kembali


Pernah tak anda menikmati Pizza Hut Cheesy 7?

Hidangan istimewa dari Pizza Hut suatu ketika dulu? Hidangan yang penuh dengan cheese?

Jika anda tidak ingat, atau tidak pernah merasainya. Anda tidak perlu risau. Bro dalam misi nak pastikan Pizza Hut Cheesy 7 akan kembali dalam masa…






Alhamdulillah lagi sehari je lagi ianya akan dihidangkan kembali.

Tetapi ianya tidak sama seperti Chessy 7 yang dahulu. Kali ini terhadap sedikit ubahsuai atas feedback pelangan seperti bro dan ada lebih cheese padanya.

Yummy…!!!!

Sempena kemunculan Cheesy 7 kembali, bro dijemput oleh pihak Pizza Hut Malaysia untuk menjadi yang terawal menikmati Cheesy 7 yang akan dikembalikan.

Bro dikehendaki menutup mata sewaktu merasa Cheesy 7 ini.

Eh, ini bukan bro. Tetapi cik Siezuka.

Yang ini baru bro.

Kami dikehendaki menutup mata bertujuan untuk melimitkan deria penglihatan supaya kami boleh menikmati Chessy 7 sepenuhnya melalui deria rasa (hidung & mulut)

Dengan ini, kami tidak tahu apa yang dihidangkan di depan kami. Baru kami boleh bagi review berdasarkan nikmat yang bakal kami nikmati.

Sewaktu dihidangkan,

Mula-mula amik bau sahaja. Tengok, gambar pizza pun telah diblurkan so memang bro sendiri pun tidak tahu pizza yang mana satu tengah dihidangkan kepada bro.

Kemudian baru mula merasai Cheesy 7 yang penuh dengan keju ini.  Sewaktu ianya disuapkan, memang terasa ketebalan dan ke”juicy”an dari kejunya memenuhi ruang mulut.

Sambil mengunyah, terfikir-fikir apa sebenarnya yang sedang bro rasai ini.

Pizza pertama :-

Sewaktu pizza ini dihidangkan. Aromanya menyusuk hidung bro (selamat hidung tak ditutup).

Toppingnya tebal bersama keju + ada terasa daging ayam padanya. Cendawan pun ada.

Pizza Cheesy 7 apakah ini?

Pizza kedua :-

Mula-mula disuap, dah tahu yang ini adalah Seafood.

Sebab terasa sotongnya yang segar diatasnya. Bila dikunyah ada topping isi ketam dan juga potongan nenas.

Pizza Cheesy 7 apakah ini?

Pizza ketiga :-

Waktu disuapkan, dah tahu yang ini adalah daging. Alamak bro tak boleh makan daging (atas faktor kesihatan)

Tapi atas faktor nak rasa, kena rasa juga. Bila lagi nak merasakan.

Terasa mixing antara daging dan juga keju yang terdapat pada toppingnya. Ada terasa sedikit masin disitu. Tetapi mix yang terhasil mampu menarik selera bagi peminatnya.

Pizza Cheesy 7 apakah ini?

Pizza keempat :-

Walaupun perut dah rasa full, bro tetap teruskan dengan pizza keempat. Terasa toppingnya macam sardin, tapi rasanya amat berbeza dengan sardin yang selalu bro rasa.

Mungkin mix dengan keju mampu membuatkan rasa sardinnya berbeza.

Ke ada gabungan lain? rasa macam rendang-rendang sikit. Adakah ini Pizza Rendnag Tuna? Apa yang telah terjadi pada deria rasa bro nie?

Pizza Cheesy 7 apakah ini?

Settle keempat-empat pizza ini. Bro masih tertanya-tanya pizza apa yang telah bro nikmati sebentar tadi.

Satu kenikmatan yang berbeza dapat bro rasai pada setiap pizza Cheesy 7 yang dihidangkan.

Pendapat dan pandangan bro mengenai Pizza Hut Cheesy 7 dikongsikan bersama rakan-rakan yang hadir sama.

Bro paling minat pizza No 1 > 4 > 3 > 2 .

We Want Cheesy 7 Back!!!!

Bicara Bro : Mungkin anda juga patut merasainya.

Bila tue?

Tunggu Pizza Cheesy 7 ini kembali dihidangkan atas meja anda :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Kami Mahu Pizza Hut Cheesy 7 Kembali

Leave a Reply to ee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *