March 29, 2024

Fitrah Manusia : Bagus Jika Perempuan Tidak Tahu Pasal Rokok

Sebenarnya,

Bagus jika perempuan tidak tahu menahu pasal rokok. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan perokok dari kalangan perempuan.

Dalam masa yang sama buat lelaki yang merokok diperbodohkan seperti kisah dibawah (copy dari facebook)

Kejadian berlaku di salah sebuah 7 eleven (lokasi dirahsiakan)

Lelaki : Hai kak long, rokok ada?
Cashier gurl : Ada, nak rokok apa?

Lelaki : Winst0n merah ada x?
Cashier gurl : habis..

Lelaki : emm.. Bagi dunhill merah jela..
Cashier gurl : Ada, nak perisa apa?

Lelaki : hah? Dah ada perisa ke? Perisa apa ek?
Cashier gurl : Ada.. Perisa paru-paru, ker0ngk0ng, bibir, kaki & perisa bayi pun ada..nak yang mana?
(Sambil menunjukkan gambar pada kotak rokok tersebut)

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?

Jika berlaku begini, apakah riaksi anda? Jom kongsikan

Lelaki selalu menampakkan mereka lelaki dengan menghisap rokok. Bila ditanya, jawapan mereka, “hisap rokok ini nikmat, lagi-lagi dapat pow rokok member”

Perempuan hisap rokok kerana ingin menampakkan mereka sama level dengan lelaki. Bila ditanya, jawapan mereka, “perempuan pun boleh buat macam lelaki”

Perhatian kepada perempuan : Jika lelaki itu betul-betul sayang pada anda, mesti dia akan menjauhi anda seketika untuk merokok.

Jangan salahkan mereka, itu maknanya mereka menyayangi anda lebih dari nyawa mereka sendiri.

Tapi tak ramai perempuan yang faham lelaki macam ini.

Ada orang boleh mati jika stop merokok (ini kes tahap kritikal). Selalunya doktor akan berpesan, jangan stop merokok, tetapi kurangkan dos (pengambilannya)

Bicara Bro : Perokok yang beretika, adalah perokok yang tahu menghormati orang lain dan tahu dimana kawasan yang sesuai untuk merokok.

Dan selalunya, mereka akan memilih toilet.

Sebab dah biasa merokok dalam toilet sejak dibangku sekolah lagi. Nikmatnya lain kot bila dapat hisap rokok bertemankan aroma dalam toilet.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Fitrah Manusia : Bagus Jika Perempuan Tidak Tahu Pasal Rokok

  1. merokok..

    kadang-kadang terserempak dengan wanita yang merokok sambil memandu kereta…lepak-lepak minum…fuh!~~ dengan bangga menghembus asap…

    huh! tak tahu bahawa kandungan rokok itu membahayakan bagi mereka yang mahukan anak atau yang sedang mengandung…

    yang pakai tudung pun ada juga saya terserempak..masa tu memang speechless la..geleng kepala je…

    1. kalau dah tak sekolah maknanya dia dah cukup dewasa utk pikir baik buruk… kalau tak boleh pikir , masuk la sekolah balik… terutamanya wanita muslim.. B@D@h cam gini la .. dengan pakai tudung bagai lepas tu kasik pandangan buruk kat muslimah bertudung! sebab tu yang bukan musli byk salah faham dgn islam
      sebab mereka yg tak prihatin mcm nih la..

      rokok memudaratkan, haram umat islam memudaratkan diri sendiri dgn sengaja

  2. kalau perokok tu sayang kan isteri dan anak, mesti dia berhenti merokok..contoh terdekat – abang ipar saya..alasan je kalau tak boleh berhenti merokok tu.

    p/s: typo lagi..tett..tettt..”Oerisa”..kuakuakua

  3. Betul tu.. Merokok bukanlah satu kesalahan.. Kalau boleh perokok ni pun tak nak merokok.. Tapi nak buat macamana.. Dah terjebak dan dah ketagih..

    Tapi sebagai perokok, mereka perlulah menghormati orang lain.. ;)

  4. perokok tahu sebenarnya apa kesan merokok ni tapi tidak ada kesedaran berhenti merokok.. “Or do you not know that your body is a temple of the Holy Spirit within you, whom you have from God? You are not your own, for you were bought with a price. So glorify God in your body.”

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *