March 29, 2024

Apa Maknanya “Reset To Default”

Default,

Apa yang anda faham tentang perkataan “Default”

Pada programmer atau yang kerja ada kaitan dengan IT mungkin biasa dengan perkataan ini. Bro sendiri sentiasa menggunakan perkataan ini.

Menurut Wikipedia,

A default, in computer science, refers to a setting or value automatically assigned to a software application, computer program or device, outside of user intervention. Such settings are also called presets, especially for electronic devices.

Tetapi,

Kalau menurut Google Translate, jawapannya berbeza dengan apa yang bro faham.

Kalau anda tak percaya, cuba Google Translate bagi perkataan “Default”. Dan kongsikan jawapan yang anda terima dengan pembaca blog bro yang lain.

Semalam bro bertanya dengan setiap orang, ayat apa yang paling sesuai (dalam BM) bagi perkataan “Reset to Default”. Banyak jawapan yang bro terima.

Dan salah satu daripadanya (siap dibuat dialog lagi)

Bro : Reset to default tuh dalam BM apadia?
Lan : Kembali ke asal.

Bro : selain tuh?
Lan : Kembali ke rahmatullah

Hilang stress bro kejab lepas dengar jawapan dari dia.

Banyak istilah programming yang berbunyi pelik jika diMelayukan. So jangan la mengajar subject programming menggunakan Bahasa Melayu.

Bicara Bro : Bro rasa nak revamp semula blog broframestone.com dan mungkin ada beribu entry didalam ini akan dibuang dari masa ke semasa.

Dan mungkin ada yang akan dibukukan. Siapa tahu kan :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Apa Maknanya “Reset To Default”

  1. Salah tu Bro..

    Boleh mengajar Programming guna bahasa Melayu.. tapi untuk term-term tertentu macam Default ni tak boleh dibahasa Melayukan.. Nantu student tak faham…

  2. assalamualaikum bro…yang biasa ngan IT ni biasanya istilah tu semua sememangnya dalam BI tidak dlm BM bila dah dimelayukan maksudnya dah jadi lainkan…:)

  3. aku baru baca buku manual barang letrik semalam.. baca yang BM, semua ayat dimelayukan.. satu hape aku tak paham.. last2 baca versi english baru la paham..

Leave a Reply to Melastik Bintang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *