April 26, 2024

Ujian Saringan HIV Buat Bakal Pengantin

Kepada bakal pengantin,

Anda perlu menjalani ujian saringan HIV bersama pasangan anda dalam tempoh 3 bulan sebelum majlis pernikahan anda. Walaupun keputusan ujian HIV sah bagi tempoh 6 bulan.

Ini merupakan salah satu prosidure yang ditetapkan oleh Jabatan/Majlis Agama Islam di Malaysia bagi mana-mana pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Jangan jadikan ianya beban pada diri anda.

Kerana ianya untuk mencegah beban yang bakal anda, pasangan anda dan zuriat anda dimasa hadapan sekiranya anda atau pasangan anda disyaki pembawa HIV positif.

Sebab itu, anda perlu membuat pemeriksaaan dan ujian saringan HIV untuk mengesahkan bahawa anda bukan pembawa dan tidak menzalimi pasangan atau zuriat anda akan datang.

Walaupun anda tidak pernah melakukan hubungan seks atau tidak terlibat seks bebas. HIV tetap boleh berjangkit kepada anda dengan berbagai cara.

Tak salah kalau kita buat pemeriksaan.

Walaupun kita sudah berkahwin, jangan sesekali beranggapan anda tidak menghidapi HIV. Ini kerana virus HIV hanya dapat dikesan selepas 10 tahun anda dijangkiti. Lama tak?

Sekiranya anda ingin membuat pemeriksaan HIV untuk berkahwin.

Pastikan anda telah membuat temujanji di klinik atau hospital berkenaan. Ini kerana tak semua hari mereka akan buat pemeriksaan sedemikian. Mereka juga ingin mengawal bilangan pelawat yang ingin menjalani pemeriksaan HIV.

Pemeriksaan yang bro lakukan, bro buat temujanji bulan lepas. Itupun call satu persatu klinik dari Perak sampai ke KL untuk buat temujanji dan boleh dapat keputusan dengan cepat.

Sebab ada tempat yang mengambil masa untuk keluarkan keputusan. Mungkin mereka nak buat pastikan keputusan yang diperolehi sahih. (seperti yang bro katakan tadi, virus HIV mengambil masa 10 tahun selepas menjangkiti pembawa).

Bro perlukan keputusan cepat untuk mempercepatkan lagi urusan pernikahan.

Tak larat nak balik tiap-tiap minggu ke Perak dan Johor (banyak pakai duit). Dan benda ini bukan boleh diuruskan pada hujung minggu. Maka kena datang pada waktu bekerja.

Alhamdulillah,

Ujian saringan HIV bro dapat keputusan yang membolehkan bro berkahwin tidak lama lagi.

Kalau gagal ujian ini?

Masih boleh repeat, tetapi perlu melalui ujian yang lebih detail untuk mendapatkan pengesahan. Mungkin satu botol darah diambil dan keputusan mengambil masa lebih lama.

Dah berkahwin pun tak salah amik ujian ini. (Mana tahu ada yang nak kahwin lagi)

Bicara Bro : Doakan segalanya dipermudahkan olehNya. Bukan senang nak bina masjid.

Dan bukan senang nak tengok bro pergi klinik mahupun hospital dalam hidup bro (Bro tak suka pergi). Alih-alih dapat pula pasangan jururawat, nak tak nak kena pergi juga sebelum telinga kena tarik.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

41 thoughts on “Ujian Saringan HIV Buat Bakal Pengantin

  1. seronok lak baca blog bro akhir2 ni…banyak panduan untuk orang yang nak berkahwin..ekekeke

    moga dipermudahkan semuanya bro…jangan lupa bagi kad…nak datang yang belah johor je… :p

  2. nak buat ujian HIV kena balik kampong ke? dulu aku buat kat Selangor je.. borang2 kawin pun semua setelkan kat Selangor.. kawinnya kat Kelantan.. senang.. takyah penat2 ulang alik balik kampong..

    macam mana rasa kene cucuk jarum? heheh

    1. Bro buat dekat Seri Kembangan. Balik sana ada urusan sikit dengan jabatan agama.

      Borang nikah tak submit lagi.

      Gila kau, sakit siut dia cucuk. Cer bagi nurse comel sikit. Cucuk banyak kali pun rela

  3. Bila fikir betapa susahnya prosuder nak kahwin ni.. Tobat saya tak nak kahwin lagi..

    Nak kena pergi Hospital.. Nak kena ambil darah.. Nak kena isi borang itu dan ini.. nak kena cari saksi, cari pengapit, cari Foroghrafer.. Nak kena tempah itu, tempah ini..Fuhh banyaknya kerja.. hehehe..

    Tapi susah nak cakap pasal masa depan kan? Hanya Allah yang maha mengetahui..

    1. window period 6 bulan- virus HIV boleh sembunyi dalam darah selama 6 bulan. sebab tu HIV test valid utk 6 bulan sahaja.

      contoh: org high risk,jika dia buat hiv test dan negatif, lepas 6 bulan kena repeat test semula.

    2. Hmm.. Juga ada salah point utk 10 thn dan 6 bulan..
      Test rapid window period (antibodi x dikesan)blh cecah 3 bulan. Sekiranya negative, and To be sure recommended after 6 months. 10 thn tu salah, mohon betulkan ehh ..

  4. betol tue HIV test skang nie jadi wajib klu nk kawen. ritu saya pun dah buat kt sepital alor setar. boleh buat hari weekday je tue pun ada masanya. tak perlu buat temujanji and dapat hari yg sama. alhamdulilah selesai dah pun. bro dengar cite macam kita kawen hari yg sama hihihi.. moga dipermudahkanNya ye Amin

    1. Dekat KL, kebanyakan kena buat appointment. Waktu boleh buat HIV Test pun pukul 2 petang. Bro datang nak dekat 2 petang isi-isi borang pun kul 5 lebih baru settle sebab kena buat check susulan. Nak pastikan pasangan bro bukan pembawa thalassemia.

      Jika dia didapati pembawa, bro juga kena check sama ada bro pembawa atau tidak. Takut akan memberi kesan kepada anak yang bakal dilahirkan kelak.

      Eh ye ke.. Ala sama la pulak, tak bestnye…

      Selamat pengantin baru bro ucapkan. Eh bro dah add kamu dalam facebook

    1. Sempat je.. Try cari klinik yg xbyk orang or yg boleh walk in terus.

      Tak pun call satu persatu klinik. Baik buat cepat. Musim kahwin dah nak dekat dah nie

  5. aslamulaikum bro..ayu ingin bertanya,kalo x kawin lagi boleh x nak bwt ujian hiv nie?ke die untuk orang nak kawin je??

    1. W’salam yang belum kahwin or tak nak kahwin pun boleh buat ujian.

      Dah kahwin n anak dah besar panjang pun boleh buat. X salah jika nak amik langkah berjaga-jaga.

      Jangan nak tunggu kahwin baru buat.

  6. klw bakal pasangan 2 de pnykt talasamia, cmne lak ek ..?? ok ke x …?? xkan nk tolak dia lak ..?? huhuhuhu…

  7. saya mahu bernikah bulan 3 ini,namun segala persiapan belum dibuat lagi memandangkan jarak kami yang jauh dan terlalu bizi. Bila majlisnya dekat,mulalah kami kelam kabut tapi masih cuba relax..yang merunsingkan saya adalah procedure ujian HIV kerana orang-orang beritahu ia mengambil masa berminggu-minggu untuk mengetahui keputusannya.. apabila mbaca komen dan entry ini,rasa ‘dipimpin’ untuk ujian HIV ini..nanti buat entry procedure untuk bernikah lak yea..really need information coz otak dah blank dgn procedure-procedure untuk bernikah..tahniah dengan entry ini.peace!

    1. Tahniah atas pernikahan nanti.

      Tarik nafas, jangan kelam kabut. Tentang ujian HIV call semua klinik kesihatan di tempat anda atau tempat orang lain dan tanya mereka procedure mereka bagaimana.

      Ada yang amik masa lama baru keluar result, ada pada hari yg sama. Ada juga hari tertentu je boleh buat HIV test dan ada yang perlu buat appointment jika nak buat HIV test.

      Mengenai procedure nak nikah pula, kena selak balik blog ini satu persatu.

      Paling penting dapatkan borang permohonan untuk bernikah (borang nikah) dari sebelah suami dan disahkan oleh pejabat agama disana. Kemudian bawa bersama ke pejabat agama sebelah anda untuk membuat pemohonan + tarikh nikahnya.

      Sertakan sekali salinan kad pengenalan bakal suami, ibubapa dia untuk memastikan dia warganegara dan anak sah taraf.

      Jika ada masalah pada sebelah anda, contohnya anda disyaki adalah anak tak sah taraf (anak luar nikah) anda perlu buat pemohonan untuk menggunakan wali hakim sebagai wali untuk menikahkan anda.

  8. kalau dua2 pasangan pengantin ada HIV, mcm mana? still boleh kahwin tk bro?

    maaf laa tanya soalan mcm tu, just curious jee. hee

    1. Susah juga nka cakap jika kes mcm nie.

      Nak kahwin boleh, tapi xdigalakan membuat anak. Takut memberi kesan jangka panjang kepada anak tersebut je.

  9. Salam Bro,

    kalau ic sy perak, nak nikah dekat perak tapi sy buat hiv test dekat KL. nnti kena kemukakan surat pengesahan mastautin ke mse nk submit borg ke pej agama daerah tempat nak nikah tu?

    1. W’salam Ina

      Pasal ic dan tempat nikah xde masalah untuk buat hiv test. Rasanya perak boleh buat dekat KL. tapi kena amik borang untuk HIV test dekat pejabat agama tempat kita nk bernikah.

      Pengesahan bermautatin perlu bagi mereka yang bernikah dekat situ dan submit pada pejabat agama

  10. bagaimana respon you tentang kewajiban tes HIV ne, apakah tidak melanggar human right?
    karena banyak orang menganggap itu privacy?
    bagaimana?

Leave a Reply to NUR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *