April 18, 2024

Status Malam Jumaat – Berlaku Adil Pada Isteri

Pernahkah anda terfikir,

Adakah anda selama ini berlaku adil pada isteri anda?

Ada kenalan bro, terdetik satu kesedaran pada dirinya selepas membaca satu artikel. Terlintas didalam hatinya adakah selama ini beliau berlaku adil pada isterinya.

Disini bro kongsikan artikel yang dibaca beliau.

Seorang isteri menangis-nangis ingin mandikan jenazah suaminya. Walaupun bapa mertua dan polis forensik tidak mengizinkan, sambil menangis si isteri berkata,

“ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..”

Dari luar bilik mayat hospital, seorang ustaz bertanye kemudian beliau berkata, “Takpe jikalau si isteri hendak mandikan jenazah suaminya”. Ustaz tersebut bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti..”

Si isteri membasuh tangan jenazah suaminya sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”

Beliau membasuh tubuh jenazah suaminya smbil berkata “Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”

Kemudian beliau membasuh kaki jenazah suami sambil berkata “Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, Terima kasih abang… Moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya”

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata,

“Terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan erima kasih kerna meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”

Sepanjang hidup anda,

Apakah yang telah anda lakukan untuk isteri anda selama ini. Adakah anda berlaku adil padanya seperti mana yang ada lafazkan semasa Akad

Apakah yang suami anda telah lakukan pada anda selama ini. Adakah anda hargai apa yang beliau mampu lakukan walaupun tidak seperti yang anda harapkan semasa Akad dilafazkan?

Renungkan bersama pasangan anda atau bakal pasangan anda.

Bicara Bro : Bro minta kenalan bro bertanya pada isterinya.

Beliau tak berniat nak bertanya pada waktu itu. Dia cakap, elok bertanya pada waktu malam. Lebih afdhal.

Patut la afdhal bertanya pada waktu malam. Malam ini malam Jumaat rupanya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Status Malam Jumaat – Berlaku Adil Pada Isteri

    1. Mestilah ada BONI ooi. Suruh bonda ekau carikan.Berkat rumahtangga nanti. Bela ekau pun senang kan ? Ayam goreng dgn telor goreng je. Very simplelah. Hahahaaa….

    1. Memang kau kenal. Maaf, aku tak boleh nak mention siapa dia. Tak baik mengaibkan dia.

      Itu hal dia dengan isteri dia.

      Tak elok ada orang lain masuk campur kecuali isteri-isteri dia juga yang masuk campur he..23x kena adil

  1. Isteri solehah dididik suami soleh, berkat hidup dunia dan akhirat, bagi para suami andai tidak bertemu yang solehah, didiklah isterimu menjadi solehah,

  2. 1 kisah yg menyedarkan kita semua. As a wife dan as a husband too.

    Cari dimana ada kelemahan utk dibaiki.

    Spot dimana kelebihan agar bleh ditambahbaikkan lg dr hari ke ari..

  3. Satu Info yang sangat berguna untuk kehidupan Suami Isteri…

    Semoga info ini juga dapat dijadikan panduan kepada Bro yang bakal bergelar suami.. Tak lama lagi dah tu.. hehehe

Leave a Reply to Saya Disini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *