March 29, 2024

Program Sentuhan Kasih Ramadhan 2012 Anjuran Petronas


Sempena Program Sentuhan Kasih Ramadhan tahun ini, Petronas telah memberi bantuan kepada 550 keluarga di perkampungan orang asli Bukit Kala, Gombak.

Program ini turut disertai 100 sukarelawan melibatkan 70 kakitangan Petronas serta 20 rakan Facebook syarikat Petronas.

Dimana sukarelawan ini dikumpulkan di perkarangan KLCC seawal 6 pagi sebelum bergerak ke destinasi yang dituju.

Program ini juga turut mendapat sokongan dari rakan selebriti seperti Gambit dan juga Siti Saleha.

Oh Siti Saleha la….. I like :)
Gambar mereka tengah memanaskan badan sebelum memulakan gotong royong.

Beberapa rakan blogger juga tidak melepaskan perluang ini untuk terlibat sama dalam program komuniti bersama masyarakat orang asli.


Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung.

1- Senaman Ringan
Alamak, terbanyak bunga pula dari kumbang,

Bro amik sudut yang banyak bunga je sebab masa amik gambar bro duduk di sudut yang banyak kumbangnya. Kumbang hijau.

2- Bermain bola (untuk kanak-kanak sahaja)

Kanak-kanak disini menikmati aktiviti riadah bersama rakan mereka.

3- Membaca (untuk kanak-kanak sahaja)
Kanak-kanak di sini diberikan bahan bacaan.

Kalau tak salah bro, majalah upin & ipin.
Haaaaaahhhh….!! Kan betul tue.

Betul.. betul.. betul (ikut nada ipin)

4- Memasak (untuk kaum ibu dan bakal jadi ibu)

Oh Siti Saleha, sejuk mata memandang mu.

Ada ciri-ciri Siti Saleha boleh jadi isteri solehah. Klik sini untuk gambar Siti Saleha.

5- Memasak nasi dalam buluh (tradisi masyarakat disini)

Ini masak nasi ek, bukan masak lemang tau. Mana ada orang buat lemang pakai buluh besar tue.

Teringat kenangan bro masuk hutan masak nasi dalam buluh je.

6- Aktiviti untuk kanak-kanak bersama Petronas

Disini diadakan pertandingan sesi kreatif, magik sains dan juga cabutan bertuah.

7- Aktiviti mengayam.

Dan banyak lagi…….

Antara sumbangan yang telah diberikan kepada masyatakt disini.

Program ini merupakan program tahunan Petronas sejak tahun 2005 sempena menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

Insya’lah dimasa hadapan, pihak Petronas akan buat program sebegini di Kawasan Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Bergambar dengan wakil dari Petronas dengan bloggers & sukarelawan dari rakan facebook Petronas.

Bicara Bro : Bro memang suka aktiviti kemasyarakatan.

Macam nak buat aktiviti sebegini bersama rakan blogger. Mungkin program seperti program anak angkat ke, pun ok juga

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Program Sentuhan Kasih Ramadhan 2012 Anjuran Petronas

Leave a Reply to auc dot com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *