Kehidupan seorang manusia, tidak pernah lari dari fitnah dan cacian dari orang lain.
Begitu juga dengan blogger.
Bak kata Najwa Latif – Kata-kata cacian yang telah kau berikan, membuat ku rasa.. kosong, kosong…..
Itulah persoalan yang ditujukan oleh rakan blogger – MK Syahir.
Bagaimana bro menghadapi kutukan-kutukan, kecaman-kecaman dan kritikan-kritikan yang agak melampau sepanjang tempoh berblog ni?
Jawapan dari Bro Framestone : Manusia biasa tak akan lari dengan fitrah manusia yang macam itu.
Itu semua pandangan dan pendapat dorang terhadap bro, bro terima dengan hati terbuka. Mana yang positif bro amik, yang negatif pun bro amik dan cuba memperbaikinya.
Tapi mana-mana kutukan ,kecaman dan kritikan yang langsung tak ada kena mengena pada bro mahupun blog bro. Hanya berbau macam menyatakan ke”tidak puas hati”an beliau terhadap bro. Bro anggap orang tue ada masalah jiwa.
Angap sahaja dia cuma nak cari tempat melepaskan perasaannya sahaja. Kalau dilayan makin parah pula penyakit hati dia. Moga tuhan berikan sedikit cahaya untuk menerima kelebihan mahupun kekurangan orang lain yang merupakan ciptaanNya.
Bicara Bro : Rasa macam dah lama tak lepak dengan Najwa Latif. Macam nak ajak dia datang ke majlis perkahwinan bro nanti.
Jika anda ada persoalan, anda boleh ajukan kepada segmen “Korang Tanya, Bro Jawap“
tak jumpa post yang dicari
:D
Boleh guna button search dekat sebelah atas blog bro
Mulut orang tidak boleh ditutup. Kalau kita cuba menafikan sekali pun tetap diserang.
He..23x tapi boleh je nak buat mulut orang terus tak berfungsi dengan sempurna he..23x
wahh..thanks bro..kiranya pendek cerita watlek watpis watkul jela eh?hehehe
thanks a lot bro :)
Wel kome… lebih kurang macam tue la…
merujuk kepada jawapan nak berdara tue.. kalau bersara d ari blogging nak buat apa pulak ye?
Oh… Susah nak jawap sebenarnya….
Bergantung pada offer yang bakal ditawarkan kelak
Layankan je bro…
Buat pekak telinga pun boleh..
Nak bagi mulut orang ni diam susah…
Sentiasa ada rasa tidak puas hati lalu misi kutuk mengutuk berjalan…”ikut hati jadi mati,ikut rasa binasa…
Bro selalu ikut awek je.. Tak pun awek2 ikut bro he..23x
hahaha…ikut awek tu bese…kalau awek ikut bro tu mmg tinggi ilmu tu bro..kekekke
kita tak boleh nak puaskan hati semuaorang dan semuaorang tak boleh nak puaskan hati kita kan Bro
Yup, dan tiada sesiapa pun mampu puaskan hati bro kecuali bro sendiri yang anggap hati bro dah puas :)
dengan erti kata lain, bersyukur dengan apa yang ada
akhirnya penilaian tu terletak pada diri sendiri..
Pengalaman dari nurul sendiri.. makin ramai kita jumpa/ kenal dgn org.. mcm2 perangai ade.. Yang penting kt kena kuat.. :)
Nurul kuat x?
Rindu sama Nurul. Lama xjumpa dan bersembang dan tengok nurul buat duckface dengan bro he…23x
kena pekakkan telinga je lah kan??hehehe
Tak boleh nak pekakkan telingga. Sebab benda tue perlu dibaca dan bukan didengar he..23x
biasa la bro…manusia yg dengki dgn kejayaan org lain…akan berusaha utk menjatuhkannya dgn apa cara sekali pun…apa la nak jadi dgn org2 yg mcm ni…haisshhh…
Itu dah macam kerjaya dorang la pulak :)
Blogger picisan macam saya ni pun pernah kena caci di komen. Mula-mula memang marah sebab apa info yang di bagi tu memang betul. Tapi lama-lama, takpa la, masalah jiwa kot.
huhu.. terima kutukan dengan positif, kadang2 terasa manusiabiasa
tapi dulu blogger ni anggap picisan saja tp skarang byk dh mula anggap sesetengah blogger ni standing dgn sesetengah web2, siap ada majalah yg promot blog2 dlm kluaran depa.
retis memang macam tu.. ramai akan kasi cacian dan teguran sbb dah ramai kenal.