Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengesahkan “garis panduan” untuk membantu ibu bapa mengenal pasti gejala gay dan lesbian yang terdapat pada anak-anak mereka.
Ianya supaya mereka boleh dan dapat mengambil tindakan bagi melakukan pembetulan pada peringkat awal pembesaran anak mereka.
Garis panduan ini diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd dan Putrajaya Majlis Perundingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Ianya telah disahkan oleh Kementerian Pelajaran, dan ianya telag dilancarkan semasa seminar di Pulau Pinang semalam.
Seminar ini mengenai “Keibubapaan dalam menangani isu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan trans-jantina)” telah dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi.
Garis panduan telah menyenaraikan empat gejala bagi setiap gay dan lesbian:
Gejala gay :-
- Mempunyai badan yang berotot dan suka menunjukkan otot badan mereka dengan memakai t-shirt leher berbentuk V dan pakaian tanpa lengan.
- Suka pakaian ketat dan berwarna.
- Tertarik kepada lelaki.
- Suka membawa beg tangan yang besar, sama seperti yang digunakan oleh wanita, apabila melepak.
Gejala Lesbian :-
- Tertarik kepada wanita;
- Selain sahabat perempuan mereka, mereka akan menjauhkan diri dari wanita lain.
- Suka bergaul, berkongsi makanan dan tidur bersama wanita.
- Tidak mempunyai perasaan kasih sayang pada lelaki.
Apabila kanak-kanak mempunyai gejala-gejala seperti yang dinyatakan, perhatian segera harus diberikan.
Sumber : FreeMalaysiaKini
Bicara Bro : Memang ada benarnya, isu-isu seperti ini mungkin tidak melarat sekiranya ibubapa mengambil tindak dari awal lagi.
Kebanyakan ibubapa lepas tangan dan ada juga ibubapa yang menganggap golongan ini sebagai sial dan tidak cuba memperbaiki mereka.
Sian tengok golongan ini hanyut begitu sahaja.
ape nak jadi la kaum2 gay n lesbian ni..otak letak kat lutut betul
tinggi sgt tu bro..kat tumit rasanya..
rasanya otak dah betul kedudukannya. Cuma cara penggunaan sahaja ada masalah disitu.
hehehe.. kena elakkan ciri2 yang dinyatakan kat atas tu.hahahaha.. lepas ni, kena bawak beg galas je la..hehehe
Eh, bunyi macam ada ciri-ciri tue je nie…
Baik mu mengaku beb
didikan awal dari ibu bapa sgt penting sebelum pendedahan kepada dunia luar…
Selalu benda seeloknya bermula dari rumah lagi :)
bermula dari bayi.. kena jaga betul2 anak tu tau bro.. haha.. tibehh
Satu tindakan yang bijak untuk membendung gejala ini.. Kata orang mencegah lebih baik daripada mengubati.. Dengan mengambil tindakan di peringkat awal seperti ini diharap dapat mencegah gejala ini daripada terus berleluasa…
pakaian baju V tu yg tak tahan.. haha..
Elok lar tuh.. sekurangnya ada tindakan dan garis panduan merangkumi semua peringat umo, dewasa ke kanak2. Walaupun isu ini agak sensitif dalam masyarakat kita, diharap serba sedikit dibendung.
p/s: setuju dengan bro.. seharusnya bermula dari rumah..
Payah hendak bezakan dengan cara pemakaian dan perwatakkan. Mereka ini pandai menyorok aktiviti gelap mereka. Kalau dibarat mereka tidak ada segan silu dan terang-terang melakukan aktiviti songsang mereka ini.
Hmm… tak tahu nak cakap ape dah skrang, macam macam hal jadi..
Setuju dgn akubiomed- x semestinya pakaian seperti Di atas.. Kadang2 nampak normal je tapi sebenarnya tak.. Sedih.. Dan perwatakan Di Rumah berbeza dari di luar
jgn ambil ringan benda ni..kalau makin serius nanti…susah jadinya…
kena sentiasa pantau. takleh dibiarkan. boleh melarat nanti….