April 25, 2024

Operasi Pengemis Di Bazar Ramadhan SS6 Kelana Jaya Bersama Mazidul Akmal Sidek

Masih lagi berkenaan dengan Bazar Ramadhan SS6 Kelana Jaya iaitu bazar yang hampir dengan kediaman bro.

Bukan juadah yang menjadi tarikan tetapi isu pengemis yang berluasa.

Bro dapati pada minggu pertama Ramadhan, gejala ini kurang kelihatan. Bila masuk minggu kedua, makin banyak pula pengemis yang berada di sini.

Tak salah bagi bro kalau nak mengemis, dalam masa yang sama dapat juga memudahkan orang lain beramal.

Tetapi masalahnya bila ada orang yang cukup sifat mengemis, ada juga yang menyamar jadi pengemis untuk mencari pendapatan mudah.

Paling teruk, ada juga bangsa asing mahupun bukan orang islam menyamar menjadi orang islam semata-mata nak mengemis.

Perkara ini menimbulkan rasa tidak selesa pada seorang kenalan blogger di dalam blognya.

Jesteru itu, bro memanjangkan kes ini kepada Mazidul Akmal Sidek.

Akhirnya dapat juga kami berjumpa di lokasi Bazar Ramadhan SS6 Kelana Jaya. Nantikan laporan penuh dalam Majalah 3 nanti.

Note : Gambar pengemis diatas adalah lakonan Razali Harun dari Majalah 3.

Bicara Bro : Kita sebagai blogger mampu memberi maklumat dan info yang kita rasa layak untuk dikongsikan.

Jangan asik nak promote cerita dari surat khabar yang di copy paste.

 

 

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Operasi Pengemis Di Bazar Ramadhan SS6 Kelana Jaya Bersama Mazidul Akmal Sidek

  1. Wah tentu ia menjadi isu menarik bakal dikupaskan oleh Majalah 3 nanti. Pernah jumpa bro Mazidul makan semeja kami digerai kaki jalan dan beliau seorang yang ramah. Lama juga kami berborak mengenai isu semasa. Beliau juga tidak kisah akan populariti beliau untuk mendekati dengan masyarakat.

  2. Tindakan yang harus dicontohi oleh rakan blogger lain..

    Kita sebagai blogger boleh mencontohi tidakan Bro.. Dengan memberikan maklumat pada pihak yang berkenaan untuk membantu masyarakat.. ;)

    1. Blogger macamini baru layak disanjung.

      Tertiba teringat satu iklan di tv, yang memaparkan barisan blogger Malaysia yang berpengaruh dengan penulisan mereka.

      jauh berbeza dengan apa yang bro ada sekarang nie

  3. assalamualaikum bro…betul tu kalau nak mengemis tu agak2 la juga kan kalau cukup semua sifat dan x cacat boleh plak mengemis di bazar ramadhan mcm ni…:)

    1. Budaya orang Malaysia.

      Kita memang pemurah, asal nampak je mesti hulur. Yang dihulur pun paling kurang note seringit.

      Kalau 100 orang buat mcam tue. Sebulan dah dapat rm3,000… Tak perlu nak kerja susah-susah

  4. Eh blog K.tini laaa….hehe….pengemis2 kat bazar KJ ni pon selalunya silih berganti orgnya….nmpk sgt ada yg menghantar…ishh…

Leave a Reply to Ezad Skytech Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *